Turki bakal gunakan dron bermesingan untuk misi ketenteraan

oleh Mohamad Hanif|
Khidmat askar di medan perang berkemungkinan besar akan dihapuskan dengan adanya dron bermesingan seperti apa yang kami bakal paparkan di dalam artikel ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan New Atlas, unit ketenteraan Turki dikatakan bakal menerima unit dron bermesingan buatan tempatan Asisguard, yang diberikan nama Songar. 

Songar memiliki berat 25 kilogram dan menggunakan rekaan badan yang diperbuat daripada gentian karbon sepenuhnya dengan empat lengan - setiap satu memegang dua unit kipas propeller. 
 


Setiap dron Songar ini mampu membawa muatan 200 butir peluru 5.56 x 45 mm atau 5.56 kelas NATO, dan mampu membidik sasaran 15 cm persegi dari jarak 200 meter dalam satu tembakan tunggal, tembakan semburan 15 butir atau automatik penuh.

Dron ini memiliki keupayaan untuk beroperasi sejauh 10 kilometer dengan lebih tepat dengan bantuan ciri GPS dan GLONASS, selain mampu memuatkan dua kamera - satu untuk operasi dron, dan satu lagi untuk pengguna mesingan sekiranya diperlukan. 

Menerusi video yang dibekalkan, dron ini dibekalkan dengan gimbal bagi menstabilkan imej yang dipaparkan manakala sistem mesingan pula mempunyai mekanisme penstabilan automatik yang mampu memastikan ia kekal membidik sasaran tanpa gagal. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model pertama yang bakal menjengah pasaran kelak merupakan sebuah SUV elektrik segmen C yang masih…
Berita Global
Jika sebelum ini mereka tampil dengan sebuah model konsep SUV segmen C, kali ini TOGG membawakan…
Berita Global
Kini, setelah hampir dua tahun, model pertama SUV EV itu diberitakan sudah bersedia untuk memasuki…