Tunku Temenggong Johor kongsi gambar, video kereta digesel BMW 318i Singapura (video di bawah)

oleh SALINA JALIL|
Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berkongsi insiden kereta Honda miliknya digeser sebuah BMW ketika diletakkan di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi di sini, hari ini.


Melalui hantaran di Instagram, Tunku Idris turut berkongsi gambar bahagian keretanya yang tercalar dan gambar kereta yang melanggarnya, selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Daripada rakaman CCTV yang dikongsi, kejadian berlaku pada jam 2.17 petang ketika pemandu BMW bernombor pendaftaran Singapura itu hendak ke ruang tempat letak kereta yang kosong.

 

Video berdurasi 60 saat menunjukkan pemandu lelaki keluar daripada BMW dan berlalu pergi melewati kenderaan Tunku Idris tanpa melihat sekiranya berlaku kerosakan atau tidak.

 

Difahamkan, kereta dipandu Tunku Idris adalah kereta elektrik buatan Honda iaitu Honda e, yang menggunakan 100 peratus elektrik dan tidak mempunyai enjin.

 

Mengulas kejadian itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya mengambil maklum dan laporan polis mengenainya dibuat di Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan.

 

"Kita akan tunggu hasil siasatan nanti," katanya.

 

Video di bawah:

 

 

 

 

Berita Harian