Menurut laporan supercars.com, kereta tersebut digunakan Jamie Whincup yang berjaya merangkul gelaran juara empat kali pada siri perlumbaan Virgin Australia Supercar tidak lama sebelum ini.
Pengarah Urusan Bahagian Kejuruteraan bagi Siri Perlumbaan Triple Eight merangkap pemilik pasukan perlumbaan Red Bull-Holden (HRT), Roland Dane berkata, anakanda Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar itu adalah peminat setia acara perlumbaan Triple Eight.
"Kami tidak terkejut apabila dia (Tunku Abdul Rahman) menyatakan hasrat untuk membeli supercar itu kerana sebelum ini, salah seorang saudara kandungnya juga pernah membeli Red Bull HRT VF Commodore.
"Kini, dia juga turut mempunyai salah sebuah kereta perlumbaan sebenar," kata Dane dalam satu kenyataan kepada supercars.com.
Mengulas lanjut, Dane menjelaskan bahawa Tunku Abdul Rahman tidak hanya membeli kereta itu sahaja bahkan turut menggajikan mekanik nombor satu Triple Eight, Scott Wilkinson (lebih dikenali sebagai Shady) bagi membantu menjaga sekali gus menyelenggara semua kereta milik keluarga diraja berkenaan.
Tambah Dane, Wilkinson dijadualkan akan berangkat ke Johor pada minggu hadapan.