Tunjuk isyarat lucah kepada polis, juruteknik didenda RM1,000

oleh SALINA JALIL|
Akibat menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari tengah kepada pegawai polis, seorang juruteknik lelaki didenda RM1,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Vinotheran, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah menunjukkan isyarat lucah yang mengaibkan kehormatan Sub Inspektor Sukdev Singh Karnail Singh di Jalan Tunku Abdul Halim berhadapan dengan Istana Negara pada 5 petang, 3 Julai lalu.

 


Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
 

 

Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran supaya orang awam tidak menunjukkan isyarat lucah terhadap sesiapa sahaja, apatah lagi kepada pegawai penguat kuasa.

 

Vinotheran yang diwakili peguam P. Suthes merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya menyara ibu bapanya dan seorang kakak yang juga orang kurang upaya (OKU).

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Global
  Menurut saksi, ibu tunggal yang tidak mahu dikenali itu menunjukkan isyarat lucah terhadap…