Tunggang RX-Z tanpa nombor pendaftaran, wanita didenda RM400

oleh SALINA JALIL|
Wanita yang diambil tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu selepas memuat naik video menunggang motosikal Yamaha RX-Z tanpa mempamerkan nombor pendaftaran hadapan mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun semalam.


Afifie Laila Abdullah, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.


Noradila kemudiannya membuat keputusan bahawa Afifie didenda sebanyak RM400.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mengikut pertuduhan, Afifie didakwa menunggang motosikal tanpa mempamerkan nombor pendaftaran hadapan.

 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Padang Pulut pada 12 Mac lalu mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM3,000.

 

Dia turut berdepan penjara selama dua hari jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

 

Afifie yang berasal dari Kampung Padang Pulut itu menjelaskan denda terbabit.

 

Pendakwaan kes berkenaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JPJ Terengganu, Samsul Ab Wahab.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…
Berita Domestik
Semenjak keluaran pertama pada tahun 1985 dengan transmisi 5 kelajuan, RX-Z telah dikembangkan…
Gaya Hidup
  Beliau juga pandai dalam menjimatkan kos restorasi luaran motosikal - mana yang boleh…