Menurutnya, ekspedisi itu mengambil masa dua bulan dan Aidil telah memulakan perjalanannya dari Melaka pada 21 Mac 2024 lalu.
Difahamkan, banyak halangan yang perlu ditempuhi olehnya ketika dalam pengembaraan, namun dia tekad untuk meneruskan destinasinya ke Mekah.
Terdahulu, Aidil pernah mengelilingi dunia bersama bapanya, Aimpro Samudra dengan menaiki kereta jenis Perodua Kelisa dan kejayaannya kini sangat membanggakan bapanya.
“Alhamdulillah, abah sendiri pun belum sampai. Syukur, ini semua dengan keizinan daripada Allah dan berkat doa semua,” ujar bapanya.
Rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa kagum di atas kesungguhan remaja itu.
- Syabas dan tahniah, usaha tangga kejayaan -