Tunggang motosikal di trek joging, 19 dikompaun

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Perbadanan Putrajaya
Sikap pentingkan diri dan ambil mudah telah 'makan diri' apabila 19 penunggang motosikal dikompaun kerana menggunakan trek joging di Sisiran Tasik, di Putrajaya, sebagai jalan pintas, pada Ahad.


Sembilan warga tempatan, dan 10 warga asing itu dikompaun dalam satu operasi dijalankan oleh penguat kuasa Perbadanan Putrajaya (PPj), antara 7.30 hingga 9 pagi.


PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj, Mohd Ali Jusoh berkata, semua kenderaan tidak dibenarkan menggunakan dan melalui laluan Sisiran Tasik kecuali basikal serta kenderaan penyelenggaraan yang dibekalkan dengan pelekat khas.

 

Menurutnya, kawasan ini adalah tempat aktiviti riadah dan dikhuatiri boleh mengundang perkara tidak diingini sekiranya dilalui oleh motosikal.

 

"Tindakan segelintir penunggang motosikal itu mengundang bahaya kepada pejalan kaki dan orang ramai yang sedang berjoging kerana mereka menunggang laju.

 

"Walaupun PPj sudah memasang pagar dan meletakkan tanda amaran tidak membenarkan kenderaan masuk, namun arahan ini masih diabaikan pengguna," katanya ketika dihubungi.

 

Mohd Ali berkata, tindakan pemantauan secara berterusan ini sering diadakan dan individu yang ingkar boleh dikompaun mengikut Undang-Undang Kecil (UUK)Vandalisme (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2003- UUK 3(1)(m) menunggang motosikal pada harta Perbadanan (sisiran tasik).

 

"Penunggang motosikal dinasihatkan supaya tidak mementingkan diri agar dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan selesa di kawasan riadah selain mengelak risiko kemalangan," katanya.

 

 

PPj

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi semasa penguat kuasa berkenaan sedang mengambil tindakan…
Berita Domestik
"Sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah…
Berita Domestik
  DBKL dalam kenyataan pada Rabu berkata, operasi disertai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan…