Tunggang Harley-Davidson Street Glide untuk hantar makanan

oleh SALINA JALIL|
Ibnu Robi Ahmad mencuri tumpuan ramai apabila menghantar makanan dipesan pelanggan dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi model Harley-Davidson Street Glide.


Ibnu Robi, 55, bapa kepada lima orang cahaya mata dan menetap di Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah berkata, ada juga pelanggan juga mengajaknya bergambar hanya kerana datang menunggang motosikal itu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ibnu Robi berkata, pekerjaan itu dilakukan secara sambilan sejak tiga minggu lalu untuk menghilangkan kebosanan di rumah kerana menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Katanya, ia juga bertujuan membantu orang ramai membeli dan menghantar makanan dipesan tanpa perlu keluar dari rumah.

 

"Kebosanan duduk di rumah disebabkan PKP menyebabkan saya terfikir untuk melakukan sesuatu.

 

"Akhirnya, saya memilih menjadi penghantar makanan dan Alhamdulillah, keluarga memberi sokongan.

 

"Sekurang-kurangnya, saya dapat memenuhi keperluan orang ramai selain melepaskan keinginan selepas sekian lama tidak menunggang motosikal," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

 

Menurutnya, lazimnya, dia akan mengambil dan menghantar pesanan bermula jam 11 pagi .

 

Namun, waktu bekerja dianjak pada sebelah petang sehingga jam 5 petang sejak 1 Ramadan.

 

"Seronok kerana ada ketikanya, saya dapat menghantar makanan dipesan petugas kesihatan di hospital.

 

"Secara tidak langsung, saya dapat menyediakan keperluan untuk mereka yang bekerja keras demi keselamatan orang ramai.

 

"Lucunya apabila ramai yang ajak saya bergambar tidak kurang juga curi-curi mengambil gambar dari dalam kenderaan mereka ketika di jalan raya mungkin kerana hairan melihat kotak makanan di belakang motosikal," katanya yang juga pemilik bengkel motosikal berkuasa tinggi, Bikers Garage dan restoran sate.

 

Dia berkata, dia sama sekali tidak menyangka kisahnya itu tular di laman sosial.

 

"Isteri yang mengambil video tetapi untuk suka-suka saja dan tak sangka rakaman itu akhirnya menjadi tular. "Rata-rata warganet memberi komen positif dan sokongan mereka membuatkan saya terharu," katanya.

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peminat dan pengunjung boleh menikmati tawaran yang tiada tandingan dan tawaran mendebarkan untuk…
Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran Motosikal
CVO ialah umpama varian premium untuk jenama Harley-Davidson di mana ia menampilkan aksesori dan…