Tunggakan 490 notis kompaun parkir, pemilik restoran didenda!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Seorang pemilik restoran didenda RM300 atau lima hari penjara oleh Mahkamah Majistret di Kuala Langat kerana gagal membayar kompaun parkir Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).


Tertuduh dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.

 

Mengikut pertuduhan, dia yang dikenakan waran tangkap didapati bersalah mengikut Perenggan 36(1)b Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MDKL 2007 iaitu meletakkan kenderaan tanpa membayar parkir.

 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam turut mempunyai tunggakan 490 notis kesalahan kompaun parkir MPKL sejak dari tahun 2002.

Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abdul Rahim dan Norazizi Natimin.

 

 

MDKL

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  DBKL dalam kenyataan pada Rabu berkata, operasi disertai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan…
Berita Domestik
  Selain itu, kesalahan lain adalah tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di…
Berita Domestik
  Jelas kenyataan itu, pihaknya menerusi Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan…