TuneD lancar pakej modifikasi Saga, Persona dan Preve

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sebuah syarikat tempatan baharu, TuneD (Tune - D) telah melancarkan barisan bodykit dan pakej modifikasi untuk tiga model popular Proton, Saga, Persona dan Preve. Menggunakan teknologi digital prototyping dan software terkini, TuneD menghasilkan gantian bamper depan belakang, side skirt dan gril hadapan yang lebih garang untuk ketiga-tiga model tersebut. Careta melawat ke pejabat TuneD malam semalam untuk mengetahui lebih lanjut akan hasil anak-anak Melayu ini yang rata-ratanya pakar pereka-bentuk kenderaan profesional. persona-front 1-3 slider-2

Rekaan bamper depan Bamper hadapan menggunakan konsep “big-mouthed” di mana aperture atau bukaan pada bamper lebih besar dan nampak sporti. Bahan binaan yang digunakan ialah Fibre Reinforced Plastic (FRP) gred tinggi dengan acuan yang dibina menggunakan sistem komputer. Kerana itu, titik pemasangan atau “mounting point” asal digunakan kembali dan “fitment” sama rapat seperti komponen asal.

persona-emblem iso-front-crop top-banner-isometric-front-finalized-798x466

Gril lebih garang Gril juga menggunakan konsep “wide aperture” dengan warna perak (silver). Careta diberitahu gril ini masih dalam proses konsep dan akan diubah sedikit agar nampak tidak “keterlaluan”.

Bamper belakang ala diffuser Rekaan bamper belakang ketiga-tiga model ini menggunakan konsep yang sama - diffuser tetapi tanpa sirip menegak yang sering kita lihat pada jentera perlumbaan. Ia juga menggunakan bahan FRP dan direka selepas kenderaan Proton untuk di “scan” sepenuhnya secara digital.

persona-reflector p-bammper-n-skirting (1) special-body-paint

Side skirt dua tona Side skirting hampir sama untuk ketiga-tiga model ini dan semuanya menggunakan konsep dua tona warna - merah dan hitam.

Semua bodykit ini akan didatangkan di dalam satu warna sahaja - Fierce Red yang sekakan warna merah pada Mazda. Pemilik antara boleh mengecat kereta Proton mereka mengikut warna merah seperti di dalam konsep-konsep yang dipaparkan di sini atau mengecat kembali bodykit itu kepada warna kenderaan mereka. Bodykit ini juga telah diuji secara digital akan kesan aerodinamik mereka agar tidak menjadi halangan udara (drag) dan tidak menimbulkan bunyi bising. TuneD menghasilkan tiga pakej untuk produk mereka - Standard, Executive dan Premium. Untuk pakej Standard, Careta difahamkan ia adalah terdiri dari bodykit sahaja dan harga bermula dari RM5,000 dengan fasiliti bayaran mudah tanpa faedah untuk pemegang kad kredit Maybank. Pakej lain akan merangkumi beberapa produk lain yang ditawarkan dan apa yang dilihat sendiri oleh Careta termasuk:
  • Lampu DRL dari jenis LED.
  • Butang enjin Start/Stop yang nampak seperti terpasang di kilang.
  • Balutan kulit mewah warna hitam/merah untuk kabin (model prototype menggunakan vinyl tetapi model yang dijual akan menggunakan kombinasi separuh kulit atau kulit sepenuhnya.
  • Antena jenis sirip jerung (shark fin antennae).
  • Rim-rim aloi yang ditempah khusus agar offset kekal sama walaupun saiz dibesarkan.
  • Warna badan Fierce Red lengkap dengan konsep "floating roof".
[gallery columns="2" size="large" ids="29258,29259,29260,29261"] Menurut lamanweb TuneD Motorsport yang beribupejabat di Cyberjaya, ia menggunakan khidmat dua perunding berpengalaman yang pernah bekerja untuk Nissan Jepun. sanada-and-osumi-4-02

Sanada Yuichi Pernah menjadi CEO untuk Nissan Motorsports (NISMO) Pernah menjadi Ketua Jurutera Nissan Pernah menjadi Jurutera chassis Nissan 31 tahun bekerja dengan Nissan dan sembilan tahun bersama Nismo

Osumi Koichi Pernah menjadi Pakar NVH untuk Nissan Pernah menjadi Ketua Jurutera Kenderaan Nissan Pernah menjadi Jurutera Produk Baharu Nissan 35 tahun pengalaman bekerja dengan Nissan

Careta akan membuat laporan lebih lengkap akan TuneD Motorsport dan juga dua orang perunding pakar mereka ini dalam masa terdekat. Untuk info lanjut, layari http://www.tunedmotorsport.com/ Di bawah ialah galeri gambar untuk setiap model yang disediakan oleh TuneD. Proton Saga [gallery size="medium" ids="29263,29264,29265,29266,29267,29268,29269,29270,29271,29272,29273,29274,29275,29276,29277,29278"] Proton Persona [gallery size="medium" ids="29279,29280,29281,29282,29283,29284,29285,29286,29287,29288,29289"] Proton Preve [gallery size="medium" ids="29290,29291,29292,29293,29294,29295,29296,29297,29298,29299,29300,29301"] Kepada anda yang tak puas tengok gambar sahaja, di sini kami sertakan pautan video untuk anda saksikan. Proton Preve  Proton Persona dan Proton Saga