TuneBoss lancar produk tambah prestasi untuk Honda dan Yamaha

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

TuneBoss, jenama tempatan yang popular di rantau Asean untuk produk-produk talaan mereka telah melancarkan beberapa produk baharu sempena MotoGP di Sepang tempohari.

Di bawah ialah senarai produk-produk terbaharu dari mereka.

 

ECU tuneboss

 

ECU Berprestasi Tinggi

  • Khusus untuk model Yamaha R15, NMax, Honda CBR 250R dan CRF 250.
  • Model lain untuk motosikal yang menggunakan enjin yang sama akan dilancarkan kelak.
  • Harga masih lagi belum diputuskan tetapi sepatutnya sama dengan harga ECU TuneBoss sekarang.
  • Gambar seperti di atas.


 

 

ShiftBoss Quickshifter

  • Quickshifter selalunya untuk model-model motosikal berenjin besar tetapi TuneBoss sedar pasaran Asean lebih kepada jentera 250cc ke bawah.
  • ShiftBoss Quickshifter ialah kit baharu yang boleh digunakan untuk Yamaha R25 dan Honda RS150R.
  • Kit baharu ini menggunakan pengesan beban (load sensor) untuk tukaran gear yang lebih tepat dan positif.
  • Kit varian baharu ini lebih mahal dari ShiftBoss yang biasa kerana kos bahan yang digunakan. Ia juga tidak menggantikan model ShiftBoss yang lama.
  • Harga untuk Quickshifter ShiftBoss baharu ini ialah antara RM600 ke RM800.

 

 

CoolBoss - Pam air baharu untuk Yamaha R25

  • Pam air motosikal 250cc biasanya menggunakan motor elektrik biasa yang bergerak mengikut kelajuan enjin. 
  • Ia tidak mampu memberikan aliran cecair pendingin yang tepat bergantung kepada bebanan enjin. Ia lebih sesuai untuk kegunaan santai.
  • Kit CoolBoss ini bukan hanya menggunakan motor elektrik jenis brushless, ia menggunakan algoritma pintar untuk mengawal kelajuan aliran cecair pendingin selari dengan keperluan dan bebanan pada enjin.
  • Ia juga mampu menutup atau membuka suis motor elektrik itu mengikut keperluan.
  • Faedahnya, enjin akan tahan lebih lama, minyak pelincir enjin juga akan mampu berfungsi dengan lebih baik dan paling penting, ia mengurangkan geseran mekanikal yang diperolehi dari motor elektrik jenis lama. 
  • Hasil kajian TuneBoss mendapati pengguna mampu mendapat peningkatan tenaga antara 0.3 hp ke 0.5 hp. Jika anda rasa sedikit, ia sebenarnya satu jumlah yang baik terhasil dari sistem pendingin sahaja.
  • Kit CoolBoss ini hanya akan mula berada di pasaran mulai tahun hadapan. Untuk permulaan, ia hanya ada untuk model Yamaha R25.

 

TuneBoss Racing Injector

  • Sudah berada di pasaran, kit suntikan bahan api perlumbaan ini memberikan tekanan aliran pancutan bahan api yang lebih tinggi dengan kawalan yang lebih linear.
  • Kit ini sesuai untuk aplikasi enjin dari 15 hp ke 40 hp dan sesuai untuk model Yamaha Y15ZR (varian pertama) dan FZ150i tahun 2014/2016.

 

 

TuneBoss Racing Fuel Kit

  • Kit sistem bahan api perlumbaan ini direka khusus untuk perlumbaan drag kategori terbuka.
  • Kit ini mengandungi tanki, pam bahan api, saluran bahan api dan penyuntik.
  • Tangki stainless steel itu mampu menyimpan tiga liter bahan api dan tidak akan karat walaupun menggunakan bahan api perlumbaan seperti E85R atau K2 oleh Elixir Powered, rakan teknikal perlumbaan TuneBoss.
  • Kit tersebut berfungsi dengan terbaik bila digandingkan dengan ECU TuneBoss.

Untuk informasi lanjut, hubungi mereka di:

FSR Technology Sdn Bhd
Alamat: 43 Jalan PJU 1A/18, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Malaysia
Telefon: 603-7831 5041
Email: [email protected]
Facebook: FSR Technology
YouTube: FSR Technology
Instagram: @tuneboss

Berita Berkenaan

Pelancaran
Seperti yang anda tahu, sistem Quickshifter berfungsi untuk membenarkan penunggang menukar gear…
Berita Domestik
Produk ATAS, atau nama penuhnya Accidental Throttle Activation Safety ini dikatakan mampu…
Berita Domestik
Syarikat teknologi tempatan milik bumiputra, FSR technology kini menghasilkan model quickshifter…