Produk ATAS, atau nama penuhnya Accidental Throttle Activation Safety ini dikatakan mampu menghalang pecutan yang tidak disengajakan semasa menghidupkan enjin, terutama ketika penunggang tidak menyedari motosikal berada dalam gear.

Ciri ini akan menghalang enjin daripada dihidupkan apabila butang starter ditekan, serta posisi pendikit dibuka sebanyak 10 peratus atau lebih.
Lampu amaran juga akan dinyalakan sebagai peringatan kepada penunggang.

Selain daripada itu, TuneBoss turut menyertakan ciri Engine Immobilizer pada setiap ECU yang boleh dikawal menggunakan aplikasi TuneBoss Manager Pro.
Buat para peminat Yamaha 135LC Fi, TuneBoss turut menawarkan talaan ECU Stage 1 atau Stage 2 dengan talaan yang lebih terperinci terhadap pemetaan bahan api dan juga nyalaan.

Menurut TuneBoss, kesemua ECU pada masa akan datang akan dilengkapi dengan ciri keselamatan ATAS sebagai ciri standard.
Harga jualan untuk ECU Stage 1 bagi Yamaha 135LC Fi bermula dari RM399, dan senarai harga untuk model-model lain boleh dirujuk pada gambar di bawah.