Tun Mahathir lihat motosikal buatan UniMap - harga RM12,888.

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad malam tadi meluangkan masa untuk melihat motosikal hasil buatan Universiti Malaysia Perlis (UniMap).

Motosikal yang bakal dijual di pasaran tempatan itu menggunakan enjin 4-lejang silinder tunggal 173cc SOHC sejukan udara dengan transmisi 4-kelajuan.

Ia menghasilkan 14.8 hp pada 8,000 rpm dan 16.2 Nm pada 7,500 rpm.

Sistem gantungan hadapan ialah dari jenis teleskopik seemntara di belakang menggunakan dua penyerap hentak dengan pegas gelung.

Brek cakera hadapan bersaiz 117 mm dan dram di belakang.

 

 

Motosikal dengan jenama Seri Perlis ini akan dikilangkan oleh Modenas dan dijual syarikat SWZ Sdn Bhd.

UniMap diberitakan telah memberikan kebenaran kepada lima syarikat tempatan untuk menggunakan hakcipta produk mereka untuk dijual di pasaran tempatan kerana universiti tidak dibenarkan membuat perniagaan secara terus.

Menurut Prof Madya Dr Shahriman (gambar di atas), Pengarah Bahagian Automotif dan Sukan Permotoran UniMap, tujuan utama pihak universiti menghasilkan motosikal untuk tujuan komersil ini ialah agar pelajar-pelajar UniMap diberikan peluang yang lebih terbuka kepada teknologi pembuatan.

"Tidak akan ada satu pun syarikat yang akan memberikan semua rahsia-rahsia mereka. Kami mahukan pelajar kami dapat melihat sendiri teknologi pembuatan agar mereka lebih berpengalaman," ujar Shahriman.

 

 

"Ia umpama kelas Biologi yang cuma membenarkan pelajar membedah katak plastik. Tidak akan sama dengan pembelajaran dengan katak sebenar," sambungnya.

Shahriman turut menambah bahawa projek Seri Perlis ini bukan hanya membabitkan fakulti kejuruteraan, tetapi fakulti-fakulti lain seperti perniagaan, perhubungan awam dan lain-lain fakulti.

Motosikal Seri Perlis ini sedang dalam proses menunggu kelulusan VTA dari pihak berkuasa sebelum boleh dijual di pasaran.

Harga cadangan untuk motosikal gaya retro ini ialah RM12,888.

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Menurut Naib Canselor UniMAP, Prof Dato’ Ts Dr Zaliman Sauli, melalui Pusat Kecemerlangan Automotif…
Berita Domestik
MIMOS, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan projek RE-EV adalah melalui program High Value-Added…
Berita Domestik
  “Sepanjang tempoh tersebut sebanyak 3,000 nombor plat telah habis dijual. Ini merupakan…