Tun Mahathir beri amaran pada Geely?

oleh HEZERI SAMSURI|
Dua hari lalu Careta diberitahu bahawa Tun sedang bermesyuarat dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, pemilik 55.92 peratus saham syarikat DRB-Hicom dan juga CEO DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Reza Albar.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Turut hadir di dalam mesyuarat itu ialah pegawai tinggi dari Zheijiang Geely Holding Group Co. Ltd dari China. Laporan awal yang kami dapat sehari sebelum mesyuarat itu ialah pengerusi Geely, Li Shufu sendiri yang sepatutnya hadir.

Pertemuan pagi Jumaat itu dilakukan di pejabat kedua Tun, iaitu di bangunan Yayasan Al-Bukhary. Pejabat ini ialah lokasi kegemaran Tun untuk hari Jumaat kerana lokasinya yang terletak hanya beberapa meter dari Masjid Negara. 

Tun pada mulanya dikatakan mahu membuat sidang media selepas mesyuarat tersebut tetapi tidak berlangsung. Tidak dapat dipastikan akan butiran yang dibincangkan semasa perjumpaaan tersebut tetapi yang pasti, hanya ada satu perkara yang menyatukan ketiga-tiga pihak itu - PROTON.

 

 

Umum mengetahui Tun Mahathir tidak sokong akan penjualan PROTON kepada Geely, namun dengan keadaan kewangan yang tenat, penjualan kenderaan yang tidak bermaya dan masalah tiada halatuju yang kukuh untuk terus wujud menjadikan pencarian rakan kongsi teknikal itu sesuatu yang tidak boleh disangkal lagi untuk syarikat kenderaan kegemaran Tun.

Namun begitu, satu wawancara video antara Tun dengan wakil media dari China yang berbahasa Inggeris, South China Morning Post sekali lagi menunjukan ketegasan Tun di dalam pendiriannya mengenai urusan perdagangan dengan negara besar itu. 

Menurut wawancara tersebut (tonton video wawancara tersebut di dalam artikel ini), Tun Dr Mahathir Mohamed menegaskan Malaysia tidak akan "cari pasal" dengan negara sebesar China kerana pasarannya yang terlalu besar.

 

 

"Malaysia ialah sebuah negara perdagangan. Kami mengalu-alukan pelaburan luar (seperti China) untuk memberikan peluang pekerjaan, perkongsian kepakaran dan meluaskan pasaran produk tempatan," ujar Tun.

Tun menafikan beliau mempunyai sentimen "anti China" tetapi beliau tidak bersetuju dengan kontrak-kontrak yang melibatkan pinjaman wang yang sangat besar dari China tetapi projek-projek yang terbabit menggunakan tenaga buruh dan bahan-bahan dari China sehinggakan pembayaran sendiri dilakukan di China menggunakan perbankan dari China.

Tun turut menyelar pembangunan bandar-bandar besar yang modern oleh China yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia kerana Tun melihat ia sebagai satu usaha untuk membenarkan ramai imigran asing untuk duduk di dalam negara Malaysia. 

 

 

Perdana Menteri ketujuh Malaysia itu lebih mahukan jenis pelaburan yang bakal dilakukan oleh Jack Ma, pemilik Alibaba di mana syarikat gergasi itu akan membawa masuk pelaburan modal, pembinaan infrastruktur di dalam negara dan melatih pekerja-pekerja tempatan dengan teknologi terkini.

Berbalik kepada mesyuarat tiga mata antara Tun, DRB-Hicom dan Geely, saya kira hanya ada satu sahaja agenda di dalam minda Tun - untuk memastikan Geely tidak cuba melakukan seperti apa yang dilakukan oleh syarikat-syarikat kontratktor China dari projek infrastruktur yang lain seperti di Pahang dan Johor.

Tindakan Tun Mahathir untuk memanggil perjumpaan itu sangat tepat kerana saya sendiri sudah mula mendengar desas desus bahawa Geely semakin mahukan Bahasa Mandarin menjadi penyatu dan pendorong di dalam syarikat itu. 

Bukan Kantonis, bukan Hokkien tetapi "Mandarin".

 

 

Projek Boyue yang bakal menjadi SUV pertama syarikat berusia 35 tahun itu akan diimport masuk dari China sehingga kilang Proton di Tanjung Malim siap untuk memasang model itu di Malaysia.

Saya berharap agar Tun memantau proses ini, terutama sekali memastikan bahawa tiada syarikat komponen dari China di bawa masuk untuk menubuhkan cawangan di Malaysia bagi menggantikan vendor-vendor tempatan yang sudah wujud. Mungkin Tun boleh menyuruh agensi seperti Malaysia Automotive Institute (MAI) di bawah MITI untuk memantau operasi penggunaan vendor-vendor dan komponen tempatan dilakukan dengan sempurna dan juga wajibkan Transfer Of Technology jika Geely/Proton mahukan insentif cukai.

Perangai membawa masuk tenaga buruh, komponen, bahan dan segalanya dari China memang menjadi amalam banyak syarikat-syarikat dari negara itu di dalam projek-projek besar mereka di Malaysia.

 

 

Mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah berkata Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) menggunakan pekerja dari China kerana sistem pengoperasian dan manual menggunakan Bahasa Mandarin (baca artikel Malaysiakini itu di sini).

Jika alasan ini digunapakai, maka syarikat dari China sebenarnya ternyata masih tidak lagi global di dalam operasi pengurusan perniagaan mereka.

Ia umpama beruang khutub yang membawa ais dari Antartika kerana cuba membuat sarang di padang pasir.

Kerja bodoh tetapi yang paling bodoh ialah mereka yang membenarkannya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebenarnya, jarang kami dapat menemuramah Tengku Azizan ini kerana ayah kepada dua orang cahaya…
Berita Domestik
  Perdana Menteri berkata negara BELUM BERSEDIA menggunakan kereta terbang sebagai satu sistem…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara hakikatnya, tidak semua yang memiliki konsesi lebuh raya yang mendapat…