Tun M teruja melihat EV Polestar 2, berharap Proton hasilkan EV sendiri

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pagi semalam bertempat di pejabat Tun Dr Mahathir bin Mohamad, DRB-Hicom telah membawakan sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia dan pengasas jenama automotif nasional Proton itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Polestar 2 dilengkapi bateri 78 kWj bersama 2 motor elektrik menghasilkan kuasa sehingga 408 HP dan 660 Nm memberikan jarak gerak sehingga 500 km.

tun m

Pengasas Proton, Tun Dr Mahathir bin Mohamad berkata, "Di kebanyakan negara Kerajaan memberi insentif kepada pembeli kereta letrik. Saya dapati di masa hadapan kenderaan sebegini menjadi pilihan kerana kurang pencemaran."

"Namun kita perlu ingat walaupun kereta tidak cemarkan udara, bekalan elektrik yang datang dari stesyen janakuasa juga mencemarkan udara. Kereta elektrik belum sampai lagi ke tahap bebas pencemaran udara."

"Akhirnya mungkin kita terpaksa guna kereta hidrogen, itupun terdapat juga masalah lain yang perlu diuji dan diselesaikan. Sementara itu, untuk bersihkan iklim dalam bandar, kereta eletrik masih menjadi pilihan."

tun m

Tun M turut berkata mengenai Polestar 2, "Pada pandangan saya dari segi rekabentuk, kereta ini amat canggih. Kereta ini tiada tempat simpan enjin yang besar, sebaliknya ia dijadikan tempat penyimpan barang."

"Ciri-ciri rekabentuk dalaman juga kemas dan futuristik, di mana segala kawalan dan tetapan boleh dibuat dengan sentuhan ’tablet’. Sudah tidak ada lagi suis atau tombol di dashboard seperti kereta biasa."

tun m

Setelah menunjukkan keterujaannya terhadap Polestar 2, Tun M berharap syarikat nasional negara, Proton dapat mewujudkan dan menghasilkan kenderaan elektrik suatu hari nanti.

 

Sumber: Facebook Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Berita Berkenaan

Berita Global
Satu projek kilang pemasangan CKD bagi kereta-kereta Proton yang pertama di Pakistan secara…
Berita Domestik
Proton ketika itu menandatangai surat perjanjian persefahaman (MOU) dengan PT Adiperkasa Citra…