Tun M - PLUS tidak akan dijual

oleh HEZERI SAMSURI|
Kabinet secara rasmi membuat keputusan bahawa ia tidak akan menjual PLUS kepada mana-mana pembida.

Ia diberitakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed kepada media semalam.

"Kabinet telah mengkaji semua bidaan yang diterima oleh syarikat swasta dan juga oleh Khazanah Nasional dan kabinet berpendapat PLUS tidak perlu dijual.

PLUS akan kekal di bawah Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," ujar Tun Mahathir.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, untuk menurunkan kadar tol, konsesi PLUS akan ditambah sebanyak 20 tahun lagi.

"Pengguna tidak perlu risau tentang tambahan konsesi 20 tahun itu kerana kadar tol akan diturunkan kepada 18 peratus, dan jika dibandingkan dengan kadar ringgit di masa hadapan, efeknya akan menjadi minimal," tambah Tun.

Sebelum ini Khazanah sudah mengusulkan bahawa adalah pihak yang paling sesuai untuk mengambil alih konsesi lebuhraya tersebut.

Keputusan untuk tidak menjual PLUS turut dipersetujui oleh IDEAS ( Institut Untuk Hal-Ehwal Demokrasi dan Ekonomi).

"Ia adalah satu keputusan yang tepat dan akan membantu polisi yang telus dan jelas dalam isu kerajaan menjadga aset-aset milik rakyat," ujar IDEAS di dalam kenyataan akhbar mereka.

"Ia adalah satu proses nyahlabur (divestment) yang telus sebelum kerajaan meneruskan proses penswastaan," ujar CEOnya, Ali Salman.

Pengerusi dan CEO untuk RRJ Capital, Richard Ong, salah satu pembida untuk PLUS juga berkata proses yang dilakukan oleh kerajaan (proses penswastaan PLUS) itu adalah adil dan syarikatnya gembira kerana kerajaan sudah membuat keputusan.

"Kami akan terus fokus ke peluang-peluang pelaburan lain di Malaysia," ujar Richard.

"Keputusan untuk menyahlabur itu terletak di tangan kerajaan," ujarnya lagi.

RJR Capital telah menghantar bidaan mereka kepada Kementerian Kerjaraya dengan jumlah bidaan sebanyak RM3.5 billion untuk pengambil-alihan PLUS.

 

 

Keputusan itu nampaknya tidak diterima baik oleh Maju Holdings Sdn Bhd.

Menurut pemiliknya, Tan Sri Abu Sahid Mohamed, bidaan beliau dihantar terus kepada pengerusi Khazanah Nasional, Tun Mahathir.

Beliau berpendapat keputusan kabinet untuk melanjutkan tempoh konsesi PLUS adalah satu keputusan yang tidak tepat kerana bidaan beliau (Maju Holdings) adalah jauh lebih hebat.

"Bidaan saya ialah tambahan konsesi selama 10 tahun dengan diskaun 25 peratus. Bagaimana itu lebih baik dari tambahan 20 tahun dengan diskaun sebanyak 18 peratus sahaja," soal Abu Sahid.

"Kami mampu mengatasi masalah lampu-lampu di seluruh lebuhraya itu tetapi saya percaya bidaan saya tidak diterima kerana terlalu murah berbanding dengan pembida yang lain," tambah beliau lagi.

Maju Holdings ialah sebuah syarikat persendirian dan menjadi pemegang konsesi selama 33 tahun untuk Lebuhraya Maju Expressway (MEX).

MEX dibuka kepada umum pada tahun 2007 dan ia merangkumi jalanraya sepanjang 26.0 km sahaja.

Antara konsesi PLUS ialah Lebuhraya Utara Selatan yang dibuka kepada umum sejak tahun 1994 dan mempunyai jarak sejauh 772 km.

PLUS menjaga enam konsesi lebuhraya dengan jarak jalanraya keseluruhan melebihi 1,000 km.

PLUS juga secara teknikalnya adalah milik rakyat di mana 51 peratus sahamnya dimiliki oleh Khazanah Nasional dan baki 49 peratus adalah milik KWSP.

Ini bermaksud sebarang keuntungan PLUS akan disalurkan kembali kepada negara. 



* Artikel berdasarkan laporan-laporan dari sumber di bawah

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/16/dr-m-plus-won039t-be-sold-20-year-extension-for-toll-concession

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/01/16/ideas-backs-cabinet-decision-not-to-sell-plus

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/16/rrj-capital-to-study-other-investment-opportunities-in-malaysia-after-no-go-on-plus-deal

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…