Tun M mahu Sepang anjur kembali F1

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu perlumbaan berprestij dunia, Formula Satu (F1) kembali ke Sirkit Antarabangsa Sepang (SIC).

Dalam ucapannya selepas menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup di Majlis Anugerah PETRONAS SIC Motorsports Association of Malaysia 2018 hari ini Tun Dr Mahathir mengimbau kembali detik awal dalam pembinaan litar untuk kejuaraan di Malaysia.

"Saya masih ingat kunjungan ke Estoril di Portugal, kunjungan yang mempengaruhi saya untuk mempunyai satu sirkit yang lebih kurang sama seperti itu di Malaysia,” kata Dr Mahathir.

"Saya tak pernah terfikir ia akan membangun sebegini, saya fikir mungkin dalam 10,000 atau 20,000 pengunjung yang akan datang tetapi seperti anda tahu penerimaannya agak baik.
 


"Dan rakyat Malaysia memberi maklum balas bukan saja dengan menyaksikan perlumbaan F1, mereka mula berlumba sesama mereka dan sekarang kita sangat bagus dalam sukan permotoran selain menjadi jurutera di belakang pasukan.

"Saya harap kita dapat menjana banyak perkara daripada perlumbaan di Sepang dan perbelanjaan yang dibelanjakan di trek ini berbaloi.

"Saya harap perlumbaan ini akan diteruskan pada masa depan dan saya harap Formula Satu dapat kembali dengan penuh gemilang."

SIC adalah buah fikiran Dr Mahathir dan mula menganjurkan perlumbaan berprestij itu pada tahun 1999.

Namun pada tahun 2017, penganjuran tidak diteruskan kerana kurang menerima sambutan dan memakan belanja yang tinggi - BERITA HARIAN

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
Sukan Bermotor
Dengan penganjuran dan crew-crew profesional, pastinya pelumba-pelumba dapat menimba ilmu untuk…
Sukan Bermotor
Sehubungan dengan itu, pihak Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas dari tiga lokasi (Pasar…