Tun M mahu hidupkan kembali projek kereta Asean oleh Proton dan Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
Tun Dr Mahathir Mohamed siang tadi berkata beliau mahu menghidupkan semula projek menghasilkan kereta Asean di bawah kolaborasi antara Proton dan Indonesia.

Projek itu pertama kali dicanangkan oleh Tun Mahathir semasa beliau menjadi Pengerusi Proton dalam tahun 2015.

Proton ketika itu menandatangai surat perjanjian persefahaman (MOU) dengan PT Adiperkasa Citra Lestari, sebuah syarikat dari Indonesia.

Kedua-dua syarikat itu sepatutnya menjalankan kajian kekuatan pasaran dan juga menilai strategi kerjasama yang mampu dilakukan.

Geely yang kini mengawal kepentingan Proton pastinya akan berminat kerana ini akan dijadikan batu loncatan agar produk dan teknologi mereka akan memasuki pasaran Indonesia dengan mudah.

Pasaran domestik Indonesia dijangka akan menjadi kuasa pembeli terkuat di rantau ini. Dengan penduduk melebihi 270 juta orang, negara besar itu pasti mahukan pelbagai produk dengan harga mampu.

Jenama kenderaan untuk Asean mungkin boleh dihasilkan untuk pasaran Indonesia kerana rakyatnya yang sangat patriotik dan menyokong produk-produk tempatan.

Namum begitu, di pasaran lain, konsep kenderaan Asean mungkin tidak begitu relevan kerana Honda dan Toyota memang ada membuat model kenderaan yang sesuai untuk Asean.

Apapun, dalam dunia sekarang, yang terbaik ialah duduk dan lihat. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain menerapkan teknologi mesra alam dengan dilengkapi sistem solar, pusat 3S baharu itu juga…
Berita Domestik
Ia sekaligus membuka peluang untuk PRO-NET selaku pengedar dan pengimport rasmi jenama smart di…
Pelancaran
Pelancaran model SUV baharu, Proton X90 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar…