Tumpang kereta dengan aplikasi Droupr - Ciptaan anak Malaysia!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Tumpang kereta dengan aplikasi Droupr - Ciptaan anak Malaysia!
Tumpang kereta dengan aplikasi Droupr - Ciptaan anak Malaysia!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi pasti ramai yang hendak pulang ke kampung, bertemu ibu bapa dan sanak saudara.

Kebiasaannya juga, jalan raya akan dipenuhi dengan ribuan kenderaan menuju ke destinasi masing-masing menjadikan suasana begitu meriah dan paling tidak mengujakan, kesesakan yang memakan masa begitu lama.

Kepada mereka yang memandu keseorangan dan paling tidak, mahu mengurangkan kesesakan, kini terdapat satu aplikasi ciptaan anak tempatan yang dipanggil Droupr.

Aplikasi Droupr menawarkan khidmat perkongsian kenderaan ke destinasi sama dengan kos perjalanan ditanggung di antara pemandu dan penumpang.

Memandangkan sekarang ini terdapat lompong besar dalam aspek perlindungan keselamatan pengguna, Droupr cuba mengatasi isu tersebut melalui fungsi butang kecemasan yang tersedia dalam aplikasi. 

Menariknya, apabila fungsi kecemasan diaktifkan, lokasi pengguna akan dihantar ke individu terpilih tanpa memerlukan khidmat data dan jika itu tidak memadai, Droupr sekarang ini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa agar isyarat SOS dapat dihantar terus ke Polis seperti yang diminta oleh kerajaan.

Selain fungsi kecemasan di atas, berikut ialah ciri-ciri lain yang terdapat pada aplikasi Droupr:

  • Profail pemandu dan penumpang yang transparen sehingga kepada pengesahan tempat tinggal
  • Penggunaan kerusi optimum - Pemandu dapat menawarkan kesemua tempat duduk yang ada
  • Fungsi pilihan jantina - Penumpang boleh memilih sama ada untuk menaiki kenderaan mengikut jantina yang dikehendaki, lelaki atau perempuan sahaja
  • Sistem chat - Untuk kemudahan selepas dan sebelum tempahan

Selain itu, penumpang juga dijamin pulangan wang 100 peratus jika pemandu membatalkan perjalanan dan bayaran akan tertolak jika penumpang membuat perkara yang sama.

Untuk musim perayaan ini, Droupr menawarkan diskaun bernilai RM 20 (RM10 x 2) buat pengguna baharu dan lama bermula dari 12 Jun hingga 12 Julai. Hanya gunakan kod tongtongraya apabila membuat tempahan.

Kepada pemilik kenderaan, Droupr turut menyediakan perlindungan sehingga RM 350 bagi khidmat lori tunda jika berlaku kemalangan (tertakluk kepada syarat).

Mereka yang berminat dengan aplikasi ini boleh memuat turun aplikasi Droupr dari Google Play dan Apple Store.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags