Tumpahan bahan kimia - PLUS ucap terima kasih atas kerjasama pantas semua pihak

oleh Mohamad Hanif|
Tindakan pantas serta kerjasama yang padu daripada pasukan Bomba, Hazmat, Polis serta pasukan Operasi PLUS membolehkan inisiden tumpahan cecair kimia berbahaya di Plaza Tol Ayer Keroh hari ini ditangani dengan segera.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11:30 pagi tadi, sebuah lori kelas 2 dengan muatan bahan kimia WRDA 96M telah terbalik beberapa meter dari laluan keluar di Plaza Tol Ayer Keroh menyebabkan berlakunya tumpahan.

Kemalangan tersebut walau bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan terhadap pemandu atau pelanggan lebuhraya yang lain.

Bagi memastikan keselamatan pelanggan serta petugas plaza tol, pasukan Bomba yang tiba di lokasi sejurus selepas dimaklumkan telah mengarahkan laluan keluar dari lebuhraya di plaza tol terbabit ditutup dengan segera kepada semua kenderaan.

Penutupan tersebut juga perlu dilakukan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan dilakukan dalam persekitaran yang selamat dan terkawal.

“Pasukan bomba dari Ayer Keroh, Alor Gajah dan Tangga Batu serta pasukan Hazmat dan Propel telah berjaya melaksanakan kerja-kerja pembersihan, penilaian dan pengalihan dengan pantas dan membolehkan ke semua laluan di plaza tol berkenaan dibuka semula kepada pelanggan kira-kira jam 3:50 petang tadi,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi.

 


Zakaria turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak dan agensi yang berkaitan dalam menangani insiden ini dengan selamat dan seterusnya mengelakkan ia menjadi lebih serius.

Sementara itu, maklumat tentang penutupan sementara laluan keluar di Plaza Tol Ayer Keroh telah disalurkan secara berterusan kepada orang ramai menerusi papan tanda elektronik di lebuhraya, perkhidmatan Twitter PLUSTrafik serta media sosial.

Ketika penutupan mandatori ini dilaksanakan, pelanggan yang menghala ke Melaka telah dinasihatkan supaya keluar dari lebuhraya menerusi Persimpangan Simpang Ampat (Alor Gajah) dan Jasin.

“PLUS mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik ketika kerja-kerja pembersihan dan pengalihan ini dijalankan,” jelas Zakaria.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…