Tumbuk polis bila diminta tunjuk permit rentas negeri

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang pembonceng motosikal ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk seorang pegawai polis dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kilometer 1, Jalan Endau-Rompin, berhampiran Mersing jam 5 petang semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tertuduh berlaku sedemikian selepas pegawai polis meminta pemuda berusia 29 tahun dari Pahang itu menunjukan permit perjalanan merentas negeri. 

Nelayan dari Mersing itu yang dalam perjalanan ke Pahang dari Mersing kini direman selama empat hari untuk siasatan menurut Seksyen 332 dan 186 Kanun Keseksaan.

"Semasa pegawai polis itu meminta kad pengenalan dan permit perjalanan, pembonceng motosikal itu berang dan mengeluarkan kata-kata kesat serta menumbuk pegawai polis berkenaan," menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing.

Pegawai polis itu mengalami luka kecil dibahagian atas mata kanan. Rakan pembonceng yang menunggang motosikal itu tidak terbabit di dalam kejadian tersebut.

*Laporan dari Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak Careta telah menerima maklumat daripada sumber dalaman yang…
Hezeri Samsuri
1. Saya dikehendaki untuk membuat liputan khusus bagi membantu mengurangkan risiko COVID-19 di…
Berita Domestik
Kebenaran ini tertakluk kepada persedian dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk…