Tular video lori dipandu secara berbahaya, pemandu disahkan positif dadah

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sebuah video tular menunjukkan sebuah lori treler dipandu secara berbahaya telah mengundang pelbagai reaksi, tentu sekali ramai yang mengutuk keras tindakan kurang bijak yang dilakukan, seakan kenderaan yang dipandu itu sebuah kereta dan bukan lori.

Menurut laporan Sinar Harian, seorang pemandu lori telah ditahan kerana memandu secara melulu, mengubah haluan dan berhenti secara mengejut di Lebuhraya Persekutuan pada Khamis lalu itu turut didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemandu lori itu telah ditahan di Meru, Klang, pada Jumaat bagi membantu siasatan.

Menurut kenyataan beliau, "Ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori itu positif dadah jenis methampetamine, dia telah ditahan reman sehingga Selasa bagi membantu siasatan."

"Kejadian itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Myvi dan lori jenis Scania. Kita berjaya mengesan kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat dalam kejadian tersebut."

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) akta dadah berbahaya 1952.

 

Sumber: Sinar Harian

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perbuatan menghina dengan menunjukkan…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah ini bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja…
Berita Domestik
Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar…