Tular di China - Duduk atas kereta pameran tanda tidak puas hati

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah pengedar BMW di timur China terpaksa membuat laporan polis setelah mendapati seorang wanita disyaki pemilik kereta jenama tersebut merosakkan kereta pameran mereka. 

Menurut pekerja di Baode Automotive Sales Service di Danyang, Wilayah Jiangsu berkata, mereka telah mengambil gambar bukti bahagian bonet yang kemek sebelum membuat laporan polis. 

Dipercayai, wanita tersebut tidak berpuas hati kerana SUV BMW X1 yang dimilikinya mempunyai beg udara yang tidak berfungsi ketika kemalangan. 

Wanita yang tidak dikenali identitinya itu turut merakam perasaan tidak puas hatinya dan memuat naik ke laman sosial.

Entah kenapa, trend protes ini berlaku di sebuah lokasi lain di China apabila seorang wanita pemilik Mercedes Benz turut mengadu keretanya mengalami masalah yang sama - beg udara tidak berfungsi. 

Di Wilayah Hunan, seorang wanita pemilik Cadillac memprotes kerana tarikh yang dicetak pada resit tidak sama dengan tarikh transaksi yang dilakukan. 

Manakala di Wilayah Guangdong pula, seorang wanita mengandung meluahkan perasaan tidak puas hatinya kerana papan pemuka Mercedes-Benznya tidak berfungsi dengan baik, selain menuduh pekerja di pusat pameran tersebut tidak melayannya dengan baik. 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penahanan kedua-dua suspek berusia lingkungan 50-an dan 30-an itu dibuat di sebuah premis di George…
Berita Domestik
"Ada tersebar gambar-gambar kereta SUV model Mazda sama ada CX5 atau CX8, saya tak dapat…
Informasi
  Walaupun siaran asal sudah dipadamkan, ia disiarkan semula di laman sosial Instagram dan setakat…