TULAR - AKIBAT MENGANCAM KESELAMATAN PENUNGGANG MOTOSIKAL LAIN, PASANGAN SUAMI ISTERI DITAHAN

oleh Firdaus Razani|
Berikutan video tular di laman media sosial yang memaparkan sepasang suami isteri yang bertindak mengancam keselamatan penunggang motosikal lain di Jambatan Pulau Pinang telahpun ditahan polis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penahanan kedua-dua suspek berusia lingkungan 50-an dan 30-an itu dibuat di sebuah premis di George Town, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, pihaknya mengesan suspek selepas melihat satu video tular kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

“Di dalam video yang dimuat naik di akaun Facebook itu memaparkan seorang penunggang motosikal lelaki sedang membonceng seorang wanita dalam keadaan berbahaya.

“Ketika itu suspek (pembonceng wanita) didapati membaling sesuatu objek dipercayai pasir dan cuba menendang pengguna motosikal yang ingin memotong motosikal (ditunggangi suaminya).

“Bertindak atas maklumat itu, polis kemudian menahan suspek lelaki berusia 50-an penunggang dan pembonceng wanita 30-an untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Helmi berkata  semakan yang dibuat mendapati kedua-dua suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah pada 2021 dan 2023.

 

buletintv3

 

“Kedua-dua suspek akan dibawa untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Pada masa sama, kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk tampil membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di talian 04-538 2222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

SUMBER : BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ada tersebar gambar-gambar kereta SUV model Mazda sama ada CX5 atau CX8, saya tak dapat…
Informasi
  Walaupun siaran asal sudah dipadamkan, ia disiarkan semula di laman sosial Instagram dan setakat…
Informasi
  Katanya, nombor pendaftaran kenderaan terbabit ialah JNA 2863, JVS 2930, MBG 4188, RAM 3334,…