Tukar tayar baharu Goodyear, boleh menang kad petrol bernilai RM1,688!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, Goodyear menerusi program Worry-free Assurance (WFA) mengajak rakyat Malaysia untuk mengamalkan pemanduan yang selamat dengan menukar tayar yang sudah lusuh kepada tayar baharu.

Bermula dari 1 Januari sehingga 29 Februari, Goodyear menawarkan setiap penukaran sepasang tayar dengan peluang untuk memenangi kad baucer petrol bernilai sehingg RM1,688. 

Menerusi kempen WFA dari Goodyear ini, mereka menawarkan penukaran tayar secara percuma dalam tempoh enam bulan sekiranya berlaku kerosakan akibat penggunaan seperti bocor, pecah, menggelembung dan impak lain ketika pemanduan.

Goodyear turut menawarkan tambahan jaminan selama lima tahun ke atas tayar dari segala kerosakan dari kilang. 
 


Untuk menyertai kempen terbaharu WFA Goodyear, pelanggan hanya perlu mendaftarkan tayar yang baharu dibeli dan lengkapkan slogan yang disertakan. 

Setiap penyertaan yang ke-8, 88, dan 888 akan berpeluang untuk memenangi hadiah kad baucer petrol bernilai RM68, RM168 dan RM1,168.

Antara produk Goodyear yang tertakluk di bawah kempen WFA Goodyear ini termasuklah:


Goodyear Eagle F1 Asymmetric 5
Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3
Goodyear Eagle F1 Asymmetric 2 
Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 SUV
Goodyer Eagle F1 Asymmetric SUV AT
Goodyear Eagle Asymmetric 2 SUV
Goodyear Eagle EfficientGrip
Goodyear EfficientGrip Performance Goodyear EfficientGrip Perfomance SUV
Goodyear EfficientGrip SUV
Goodyear Assurance TripleMax 2
Goodyear Wrangler TripleMax
Goodyear Optlife

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen Tahun Baru Cina Goodyear, sila layari https://www.goodyear.com.my/ atau laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/GoodyearMalaysia/

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  Pelanggan hanya perlu membuat temujanji terlebih dahulu dengan Pusat Servis Kenderaan Goodyear…
Berita Domestik
Pusat Goodyear AutoCare itu kini menawarkan pelbagai pilihan tayar-tayar terkini Goodyear bermula…
Pelancaran
  Alex Ng, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia berkata: “Perlumbaan adalah DNA kami. Selama bertahun…