Tukar nombor pendaftaran, pemilik BMW warga Singapura didenda RM8k

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki warga Singapura dijatuhkan hukuman RM8,000 oleh Mahkamah Khas Trafik Johor Bahru selepas mengaku bersalah mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain pada kereta yang dipandunya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tertuduh, Tan Hock Lai, 44 dihadapkan ke mahkamah pagi tadi atas dakwaan memandu kereta jenis BMW 320i dengan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di stesen minyak di Lebuhraya LinKedua, Gelang Patah, Johor kira-kira jam 7.35 pagi pada 18 Mei lalu.

Sebelum ini tular di media sosial pemandu kenderaan model BMW 320i berwarna emas menukar nombor pendaftaran kepada nombor lain di sebuah stesen minyak.

Tertuduh dikatakan menyerah diri 2 Julai lalu selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan siasatan.

Sumber: TV3.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, anggota Bahagian Siasatan dan…