Tukar beg udara atau tidak boleh perbaharui "road tax" - Menteri

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah mengambil langkah drastik untuk menyekat pembaharuan cukai jalan sekiranya kenderaan itu terbabit dengan panggil semula beg udara Takata dan penggantian tidak dilakukan lagi.

Sebanyak 71,315 buah kenderaan masih lagi tidak menukar beg udara Takata mereka. Ini melibatkan pelbagai jenama kenderaan dan sebahagiannya ialah Honda.

Menteri juga berkata ia akan mengarahkan JPJ untuk menghubungi pengeluar kenderaan yang berkaitan dan menyerahkan alamat-alamat pemilik kenderaan tersebut.

Tidak diberitakan samada JPJ akan memberikan alamat itu secara percuma atau berbayar. Ia juga bertentangan dengan undang-undang untuk JPJ menahan sesiapa dari membayar cukai jalan, seperti yang telah diputuskan oleh mahkamah di Sarawak dalam tahun 2009 dahulu.

 

 

Siew Fook berkata beliau sangat kesal kerana masih ada 21.5 peratus daripada 332,458 kereta Honda keluaran 2003 hingga 2013 yang masih tidak menukar beg udara mereka.

Honda Malaysia sudah acapkali melakukan kempen penggantian beg udara dan Careta sendiri sudah beberapa kali diminta membantu usaha Honda itu.

Malah Honda Malaysia tidak pernah berhenti berkempen untuk proses tersebut. Namun begitu, masih ada lagi yang tidak tahu atau tidak mengendahkannya.

Siew Fook hari ini melawat keluarga mangsa terbaharu beg udara Takata. Mendiang Pong Hou Tien, 23 tahun memandu sebuah Honda City yang terbabas dan melanggar tiang lampu semasa dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga di Damai Perdana selepas menonton perlawanan bola sepak di sebuah restoran.

Sebanyak 78.5 peratus kereta Honda sudah diganti elemen beg udara Takata mereka.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini mengadakan sidang media selepas pembentangan…
Berita Domestik
Kamera had laju di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan tetap dibina pada masa hadapan…
Berita Domestik
  Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini berkata bahawa memang ada keperluan untuk perlahan-…