Tukar akta untuk hukum pemandu mabuk - Perdana Menteri

oleh HEZERI SAMSURI|
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 (Akta 333) perlu ditukar dengan segera untuk mengenakan hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau telah mengarahkan Menteri Pengangkutan untuk mencadangkan satu pelan bagi mengubah undang-undang tersebut agar pemandu mabuk dihukum dengan lebih serius.

Muhhyiddin menyuarakan kebimbangannya akan kes kemalangan jalanraya yang disebabkan oleh pemandu mabuk semakin merisaukan.

"Saya difahamkan undang-undang itu akan diperincikan pada pertengahan Jun dan akan diusulkan dalam mesyuarat Parlimen yang berikutnya," ujar beliau.

Beliau berharap agar undang-undang baharu itu akan lebih berat dan membawa keadilan kepada keluarga mangsa yang terbabit.

Menurut laporan The Edge, statistik polis menunjukan ada 21 kemalangan jalanraya mengakibatkan pemandu mabuk dalan tempoh lima bulan lalu, dan lapan mangsa meninggal dunia.

Muhyiddin berkata jumlah itu sama dengan jumlah kemalangan mabuk untuk tempoh sepanjang tahun lalu.

Sekarang ini, pemandu yang terbukti mabuk boleh dikenakan denda dari RM1,000 hingga ke RM6,000 sahaja atau penjara sehingga 12 bulan.

Untuk kemalangan maut yang mengakibatkan pemandu mabuk, pesalah boleh disabit hukuman sehingga 10 tahun penjara dan denda maksimum sehingga RM20,000 sahaja.

Kejadian terbaharu di Kuantan membabitkan seorang pemandu yang meninggal dunia setelah dirempuh oleh pemandu mabuk. 

Sebelum itu, seorang pemandu trak pikap Toyota Hilux yang cuba membunuh orang ramai di bazar Bukit Sentosa mengaku tidak bersalah ketika perbicaraan di mahkamah semalam.

Seorang anggota polis pula mati di sebuah sekatan jalanraya di Kajang kerana dilanggar oleh sebuah kenderaan yang disyakki dipandu oleh individu yang mabuk.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Domestik
  Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…