Tuk-tuk terpantas di Litar Nurburgring - ini bukan tuk-tuk sebarangan!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekod terpantas di Litar Nurburgring bagi kategori kereta produksi untuk tahun 2019 masih lagi disandang oleh Lamborghini Aventador SVJ dengan catatan masa 6:44.97 manakala Porsche 911 GT2 RS pula ketinggalan di belakang dengan 6:47.3. 

Namun, minggu lalu terdapat percubaan untuk mencipta rekod terbaharu di Litar Neraka Hijau tersebut, namun anda tidak akan menyangka jenis kenderaan yang digunakan - tuk-tuk.

Ya, tuk-tuk seperti mana anda pernah lihat di Thailand. 

 


Malah, mengikut siaran akhbar yang diterbitkan, pasukan disebalik tuk-tuk terpantas ini mengimport sebuah tuk-tuk sebenar dari Thailand tiga tahun lalu.

Semenjak daripada itu, mereka bertungkus lumus menyediakan tuk-tuk tersebut supaya mampu menjadi yang terpantas di litar ikonik tersebut. 

Hasilnya, di tangan seorang pemandu berpakaian lumba ala-ala The Stig dan dua penumpang di belakang, tuk-tuk lumba ini mampu mencapai catatan masa 31 minit dan 49.46 saat. 
 


Menurut catatan penumpang, tuk-tuk tersebut sememangnya tidak stabil di litar dan di salah sebuah selekoh, ia hanya bergerak dengan dua roda sahaja!

Bagi memastikan perjalanan mengelilingi litar berjalan lancar, pasukan tersebut menggunakan beberapa komponen enjin berprestasi tinggi termasuklah forged piston daripada syarikat yang bekerja dengan Koenigsegg. 

Tidak dapat dipastikan berapakah kuasa yang terhasil daripada talaan tersebut, namun sudah pasti ia merupakan tuk-tuk paling pantas di Litar Nurburgring buat masa ini. 

 

p/s: Takde sesiapa yang nak bawa Myvi ke sana? 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laman media sosial litar Neraka Hijau Nurburgring Ahad lalu telah memuat naik sekeping gambar yang…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…
Berita Global
Ini kerana pengeluar kereta elektrik dari Croatia, Rimac telah berjaya memecahkan rekod pusingan…