Tujuh sebab kenapa anda kena mai Stadium Batu Kawan hujung minggu ini!

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, Pulau Pinang telah dipilih sekali lagi sebagai medai persaingan bagi Pusingan Ketiga Toyota Gazoo Racing Festival.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Stadium Batu Kawan bakal menjadi saksi kepada persaingan pelumba-pelumba Vios Challenge di dalam kategori Super Sporting, Sporting dan juga kategori khusus untuk artis Malaysia, Promotional. 

Apa yang istimewanya Litar Batu Kawan ini? 

 

1. Litar jalanan terakhir musim ini


Setelah puas melanyak jentera Toyota Vios di litar Kuala Terengganu dan Bandar Malaysia pada tahun lalu, Stadium Batu Kawan bakal menjadi lokasi terakhir litar jalanan sebelum mara ke peringkat akhir di Litar Antarabangsa Sepang.

Walaupun bergelar litar jalanan, usah pandang rendah kepada Litar Batu Kawan yang berjarak 1,560 meter dengan 11 selekoh tajam dan beberapa seksyen garis lurus yang pasti bakal menguji skil pemanduan pelumba. 

 

2. Persaingan hebat-hebat belaka


Di dalam kategori Super Sporting, drifter terkenal Tengku Djan Ley kini sedang mendahului dengan 36 mata, diikuti oleh Mark Darwin (Laser Motor) dan Kenny Lee. 

Menurut Tengku Djan, pengalaman perlumbaan pada musim 1 dan musim 2 banyak mengajar beliau bahawa juara keseluruhan kebiasannya ditentukan dalam dua perlumbaan terakhir musim berkenaan. 

Kategori Sporting pula menampilkan wartawan automotif Tom Goh dari S&D Tama Motorsport kini menjadi pendahulu diikuti oleh pelumba Haji Sutan Mustaffa Salihin yang pertama kali tampil di dalam TGR. 

Kategori Promotional yang terdiri daripada 10 selebriti tempatan ini menyaksikan penguasaan Nabil Ahmad mendahului juara Musim 1, Shawn Lee dan diikuti oleh Khai Bahar di tempat ketiga. 
 

3. Anda juga boleh berlumba!

 

Selain daripada acara perlumbaan di litar jalanan, Toyota Gazoo Racing Festival turut mengadakan acara perlumbaan melibatkan tenaga manusia, iaitu larian dalam litar. 

Selain daripada itu, terdapat juga sesi zumba yang akan diadakan pada hari Ahad, di mana pendaftaran adalah percuma dan 500 peserta terawal akan menerima cenderahati eksklusif. 

 

4. Pameran kelab kenderaan dan motosikal!


Bagi memeriahkan suasana, pihak Toyota Gazoo Racing Festival turut menjemput beberapa pihak untuk mengadakan pameran kereta seperti barisan kereta retro daripada Art of Speed, pameran cenderahati dari jenama seperti Harley-Davidson, Aprilia, Vespa dan Moto Guzzi. 

Turut dipamerkan ialah sebuah Toyota KE10 tahun 1968 yang telah direstorasi selengkapnya untuk tatapan para peminat kereta olskool.

Tidak ketinggalan, pameran kereta berskala kecil Hot Wheels untuk mereka yang kaki kumpul diecast. 
 

5. Penampilan Istimewa GR Supra


Bagi mereka yang ingin melihat dengan lebih dekat, Toyota turut membawakan beberapa buah jentera GR Supra yang telah pun dilancarkan pada tahun lalu di Stadium Batu Kawan. 

Masa inilah nak tengok, usap, bergambar dengan kereta sports Toyota, bukan? 

 

6. Pertunjukan Drift dari Toyo Tires


Seperti biasa, anda akan dihidangkan dengan aksi pemanduan drift daripada pelumba handalan yang dibawakan khas oleh Toyo Tyres menggunakan jentera GT86 yang telah diubah suai.

Awas, jangan tersedut asap tayar pula ya!

 

7. Hujan pun mai!


Selain daripada aktiviti berlandaskan permotoran, Festival Toyota Gazoo Racing tidak akan lari daripada mengadakan pertunjukan artis-artis terkemuka tempatan seperti Hujan dan beberapa buah band yang bakal menyerikan suasana hujung minggu anda. 

Segalanya, percuma!

 


Jadi, usah lepaskan peluang hujung minggu anda untuk berkunjung ke Toyota Gazoo Racing Festival pada 9 pagi 15 Februari sehingga 16 Februari, masuk adalah percuma. 

Untuk pengunjung yang bertuah, anda mungkin akan membawa pulang hadiah yang sangat lumayan seperti TV pintar dari Samsung, Apple iPad Mini, baucer PETRONAS dan IKEA serta pelbagai hadiah lain. 
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, hujung minggu tersebut turut dimeriahkan dengan kemunculan jentera lumba Toyota…
Berita Domestik
Bermula dari tahun 2017 hingga 2023, setakat ini sudah lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia…
Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (3 Jun) menyaksikan pelumba muda memberikan saingan sengit kepada…