Tujuh petugas kaunter JPJ direman kes ketirisan cukai LKM bernilai RM3.1 juta

oleh Mohamad Hanif|
Tujuh petugas kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor direman tujuh hari bermula pada Isnin bagi membantu siasatan urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) melibatkan lebih 1,000 jenis kenderaan bermotor membabitkan nilai mencecah RM3.1 juta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perintah reman sehingga 28 Febuari itu dikeluarkan Majistret Nurmadiana terhadap kesemua suspek yang berusia 27 hingga 42 tahun itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membuat permohonan itu pagi ini.

Kesemua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada Ahad, SPRM Johor dilaporkan menahan tujuh petugas JPJ Johor bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan urusan cukai jalan LKM yang dipercayai hasil perbuatan salah guna kuasa oleh kakitangan berkenaan dengan menceroboh sistem JPJ.

Kesemua kakitangan berkenaan dilaporkan ditahan antara jam 11 pagi hingga 1 tengah hari semalam.

Mereka dipercayai telah memanipulasi sistem MYSIKAP bagi urusan cukai jalan LKM yang mana jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Negeri Johor mencecah RM3.1 juta dalam tempoh enam bulan iaitu bermula Julai hingga Disember 2019.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang berada di Johor Bahru pada Ahad bagi menghadiri mesyuarat bersama SPRM Johor dilaporkan mengesahkan tangkapan terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…