Tujuh pemenang utama peraduan The Joy of Buying bawa pulang Honda City!

oleh Mohamad Hanif|
Peraduan The Joy of Buying anjuran Honda Malaysia telah menutup tirainya semalam (18 Disember) dengan majlis penyampaian hadiah kepada tujuh orang pemenang utama yang membawa pulang sebuah Honda City setiap satu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berlangsung daripada 1 September sehingga 31 Oktober 2018, peraduan The Joy of Buying ini dianjurkan sempena ulang tahun yang ke-70 Honda yang ditekankan kepada tiga perkara utama (Joy of Buying, Joy of Selling dan Joy of Creating). 

Peraduan selama dua bulan itu menerima penyertaan yang amat menggalakkan daripada seluruh negara, dan daripada 4,800 orang, sejumlah 301 orang pemenang telah dipilih. 
 


Sebagai tambahan kepada hadiah utama berupa Honda City, terdapat 17 orang pemenang bertuah yang membawa pulang Sony Blu-Ray Home Cinema System manakala 277 orang yang lain menerima barangan cenderahati Honda.

Menurut Presiden dan COO Honda Malaysia, Roslan Abdullah berkata, "Peraduan The Joy of Buying ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada sokongan para pelanggan kami dalam menjadikan Honda sebagai jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut."
 


Sehingga kini, Honda City masih mengekalkan kedudukan teratas sebagai pendahulu di dalam segmen B sekaligus menjadikannya model paling laris di Malaysia (32,200 unit) daripada bulan Januari sehingga November 2018.