Tujuh kereta futuristik Malaysia di Shell Eco Marathon Jumaat ini

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam usaha untuk memastikan generasi muda Malaysia tidak ketandusan pakar-pakar dalam bidang kejuruteraan dan saintifik, Shell Malaysia menaja seramai 115 orang pelajar dari enam universiti tempatan ke Shell Eco Marathon Asia.

Pertandingan itu akan berlangsung semasa festival Make the Future Singapore yang akan bermula hari ini di Singapura.

Make the Future Singapore ialah sebuah festival yang meraikan idea-idea bernas dan inovasi-inovasi dari seluruh pelusuk Asia.

"Pertandingan Shell Eco Marathon Asia pula ialah platform utama yang akan membantu menghasilkan tenaga muda yang mahir dalam bidang-bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan tenaga," ujar Nimmi Kamal, Ketua Wilayah bagi Perhubungan Luar untuk Shell Malaysia.

"Shell Malaysia berbangga untuk bersama para pelajar dan universiti tempatan dalam menampilkan idea-idea dan kebolehan rakat Malaysia di dalam pertandingan antarabangsa tersebut," terang beliau lagi.

 

 

Setiap pasukan akan menghasilkan kenderaan cekap tenaga dan kemudian mengujinya dalam Shell Eco Marathon Asia. Ini membolehkan para pelajar berpeluang untuk mengkaji informasi yang diberikan kepada mereka di dalam kelas dan untuk memahami konsep tersebut melalui pengalaman mereka sendiri semasa terbabit dalam pertandingan Shell Eco Marathon Asia.

Dua jenis pertandingan akan dilakukan tahun ini:

Mileage Challenge
Pasukan akan bertanding untuk melihat kenderaan siapa yang mampu memberikan lebih kilometer dari hanya satu liter bahan api.
Kenderaan yang menang tahun lalu boleh bergerak sejauh 2,289 km (umpama perjalanan dari Singapura ke Chiang Mai) dengan hanya satu liter bahan api.

Drivers' World Championship Asia
Pasukan-pasukan Urban Concept akan menggabungkan kecekapan tenaga pada kenderaan mereka dan kelajuan serta skil pemanduan untuk melihat siapa yang mampu menghabiskan perlumbaan dahulu dengan jumlah bahan api paling minima.

Acara Shell ini juga selaras dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mahukan Malaysia menjadi antara 20 negara utama yang dikenali kerana kreativiti dan inovasi.

 

 

Tujuh pasukan Malaysia dari enam universiti tempatan akan bertanding dengan 120 pasukan pelajar lain 18 negara Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Enam universiti tersebut ialah:

1. Monash University Malaysia (dua pasukan)
2. Multimedia University (Kampus Melaka)
3. Universiti Malaya
4. Universiti Teknologi MARA (juara empat tahun berturut-turut dalam kategori hidrogen)
5. Universiti Tunku Abdul Rahman
6. Universiti Malaysia Pahang (pasukan baharu)

 

 

Untuk mengetahui apakah yang akan dipertandingkan oleh universiti-universiti tersebut, jangan lupa tunggu laporan Careta yang berada di negara Temasik ini untuk memberi liputan akan usaha anak-anak muda Malaysia di pertandingan bertaraf dunia ini.

Terima kasih Shell Malaysia!

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…