TUDM perlu 24 lagi helikopter, pesawat MiG-29N, Aermacchi M-346 dan Hawk bakal dilupuskan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memerlukan 24 lagi helikopter untuk memenuhi keperluan pasukan keselamatan itu terutama dalam melaksanakan operasi mobiliti udara.


Setakat ini, TUDM memililiki 12 helikopter EC725 bagi melaksanakan operasi dan penugasan utamanya termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, berdasarkan keperluan semasa, cabang ATM itu memerlukan 36 buah helikopter.

 

“Setakat ini kita (TUDM) ada 12 EC725, jadi kita perlu 24 lagi helikopter. Untuk itu, kira rancang dua strategi kepada kerajaan iaitu jangka pendek dan jangka panjang.

 

“Untuk jangka pendek, diluluskan oleh kerajaan iaitu penyewaan empat helikopter jenis Agusta Westland AW139 selama empat ke lima tahun. Ia akan diperoleh TUDM dalam masa terdekat.

 

“Bagi pelan jangka panjang, TUDM berharap dapat memiliki 24 lagi helikopter bagi melengkapkan 36 helikopter yang diperlukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis Penutup Eksesais Paradise Siri 8/2021 di Auditorium Inspra di Pangkalan Udara Kuantan.

 

tudm
Pesawat MiG-29N

 

Ackbal dalam pada itu berkata, pesawat pemintas MiG-29N kini dalam proses pelupusan setelah hampir tujuh tahun ia tidak diterbangkan.

 

“Kita (TUDM) tidak ada perancangan untuk menerbangkan pesawat ini. Ia dalam proses dilupuskan dan kita telah pun diluluskan perolehan pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) bagi menggantikan MiG-29N.

 

“Sebanyak 18 pesawat diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) manakala 18 lagi dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13),” katanya.

 

Beliau berkata, FLIT/LCA bukan sahaja akan menggantikan MiG-29N malah dua pesawat lain yang dimiliki TUDM iaitu Aermacchi M-346 dan Hawk yang juga dalam perancangan untuk dilupuskan.

 

Utusan Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Sinar Harian…
Informasi
Hantaran tersebut turut berkongsikan tiga keping gambar memaparkan pengurniaan MPV Toyota Vellfire…
Berita Domestik
Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan laporan mengenai…