TUDM bantu penghantaran vaksin COVID-19 ke Ba'kelalan

oleh Mohamad Hanif|
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) baru-baru ini membantu melaksanakan penghantaran Combat Medic Vaccination ATM seramai sembilan orang ke Ba'kelalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pasukan tersebut terdiri daripada dua pegawai perubatan, tujuh orang anggota paramedik serta bekalan vaksin COVID-19 untuk penduduk di Ba'kelalan serta Long Semado dengan sasaran lebih 1,000 penerima vaksin bermula 22 Jun hingga 27 Jun 2021.

Pesawat helikopter EC 725 AP TUDM berlepas dari Lapangan Terbang Miri pada jam 9.00 pagi dan selamat tiba di Ba'kelalan jam 9.40 pagi dikendalikan oleh Mejar Mohd Fazruzaman bin Md Faril selaku juruterbang, dibantu oleh Kapten Hussain Faizrahimi bin Haji Abdullah selaku pembantu juruterbang.

Penghantaran pasukan perubatan CMVT ATM ini adalah susulan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Seri Ismail Sabri semasa sidang media di Kem Muara Tuang (19 Jun 2021) berhubung kerjasama antara ATM dan kerajaan Negeri Sarawak dalam melaksanakan pemberian vaksin di PPV Outreach.

Dengan kerjasama ini, ia dilihat mampu untuk mempercepatkan proses vaksinasi di kawasan pedalaman, mewujudkan imuniti berkelompk sekaligus menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Negeri Sarawak.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan laporan mengenai…
Informasi
  Menurut kenyataan itu ia akan melibatkan terbang lintas hormat beberapa pesawat helikopter…
Berita Domestik
Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif KAI  Kang Goo-Young berkata varian FA-50 Block 20…