TUDM bakal dapat pesawat tempur FA-50 spesifikasi tertinggi

oleh Mohamad Hanif|
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka akan memperoleh pesawat tempur ringan KA-50 dengan keupayaan tertinggi "Block 20" selepas Kementerian Pertahanan memeterai perjanjian pembelian dengan Korea Aerospace Industries (KAI).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif KAI  Kang Goo-Young berkata varian FA-50 Block 20 yang akan dibeli Malaysia adalah lebih canggih  dan berkeupayaan lebih tinggi jika dibandingkan dengan FA-50 yang dikendalikan Tentera Udara Republik Korea Selatan (ROKAF) dan negara-negara lain.

Buat masa ini, hanya TUDM dan Tentera Udara Poland memilih untuk varian terkini “Fighting Eagles”.

“Pesawat FA-50 Block 20 untuk tentera udara Poland dan Malaysia adalah versi terkini  FA-50 dan dengan keupayaan tertinggi. Saya ingin katakan keupayaan pesawat itu untuk Poland dan Malaysia adalah serupa.

Difahamkan, pesawat tempur yang dikendalikan oleh ROKAF tidak mempunyai radar “Active Electronically Scanned Array” (AESA), akan tetapi hanya mempunyai radar konvensional.
 

FA-50


Ia juga tidak dilengkapi dengan alat untuk mengenal pasti sasaran (Targeting Pod) dan sistem pengisian bahan api.

“Jadi, kami boleh katakan versi eksport Block 20 adalah yang paling kemas kini, dan versi terkini FA-50 yang telah dinaik taraf,” kata beliau.  

Selain Malaysia, pengendali varian awal pesawat tempur ringan T-50/FA-50 di Asia Tenggara adalah negara Thailand, Filipina dan Indonesia.

Menurut Kang lagi, sebagai sebahagian daripada Program Kolaborasi Industri (ICP) dengan kerajaan, 14 daripada pesawat FA-50 Block 20 akan menjalani pemasangan peringkat akhir di Malaysia.   

Empat lagi pesawat pejuang itu akan dipasang di Korea Selatan, katanya sambil menambah KAI dijangka menghantar secara berperingkat pesawat itu ke Malaysia bermula pada Oktober 2026.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Cadangan itu diluluskan pada mesyuarat Majlis Pemerolehan Pertahanan (DAC) yang dipengerusikan oleh…