Tucson Fire Department uji trak bomba berkuasa elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Trend elektrifikasi tidak tertakluk kepada pasaran kereta penumpang semata-mata, ia kini turut mempengaruhi beberapa jenis kenderaan termasuklah kenderaan komersial dan kenderaan penyelamat!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang dilaporkan oleh InsideEVs, Tucson Fire Department di Arizona kini berpeluang untuk menguji sendiri trak pemadam api berkuasa elektrik dengan penambah jarak (range-extender) yang dihasilkan oleh Rosenbauer.

 


Unit range-extender yang disebutkan itu tadi merupakan enjin diesel enam silinder sebaris yang bertindak sebagai penjana kuasa bagi pek bateri yang boleh didapati dalam kapasiti 50 kWh atau 100 kWh.

Terdapat dua unit motor elektrik yang diperoleh daripada Volvo - satu untuk setiap gandar - dan dipadankan dengan transmisi dua kelajuan.

Secara keseluruhan, trak bomba ini mampu menghasilkan 490 kuasa kuda dan daya kilas setinggi 50,000 Nm (ya, kami bukan tersilap taip!) yang mampu disalurkan kepada setiap roda, sementara unit enjin diesel itu memiliki kuasa setinggi 272 hp.

 


Sistem pengecasan pantas DC memiliki kapasiti sehingga 150 kW dan dengan menggunakan pengecasan 100 kWh bateri mampu dicas dari 50 peratus kepada 80 peratus dalam tempoh satu jam sahaja.

Setakat ini, terdapat empat unit trak bomba Rosenbauer termasuk tiga yang sedang digunakan di Dubai, Amsterdam dan juga Berlin.

Menurut wakil Rosenbauer, kos penghasilan trak bomba kebiasaannya memakan belanja $700,000, namun trak elektrik mereka memiliki kos dibawah $1 juta.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebalik trak pikap Hilux yang telah diubah menjadi sebuah jentera bomba 6x6, tersedia sistem…
Berita Global
Pagi Sabtu tanggal 18 Februari, sebuah Tesla Model S dilapor merempuh sebuah trak bomba yang…
Berita Global
  Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan pesawat itu bergerak di landasan, terbakar dan…