Tuah dua pemilik Isuzu D-Max - dapat hadiah Isuzu D-Max!

oleh Mohamad Hanif|
Dua pemilik Isuzu D-Max tidak menyangka dengan hanya membuat pembelian trak pikap D-Max baharu, mereka telah diumumkan sebagai pemenang bagi peraduan "Isuzu D-Max Buy and Win" yang menawarkan habuan sebuah lagi Isuzu D-Max 2.5 Auto 4x4.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Peraduan yang diadakan sempena sambutan Hari Raya dan Hari Gawai tahun ini, Ghanie Entalang dari Sebauh, Sarawak dan Sugumaran A/L Nagappan dipilih sebagai pemenang peraduan berkenaan melalui pembelian kenderaan Isuzu baru mereka yang dibuat antara bulan April dan Jun lalu.

Ghanie pada awalnya berasa ragu-ragu dengan panggilan yang diterima untuk memaklumkan dirinya telah dipilih sebagai pemenang, dan hanya ketawa.

"Perkara pertama yang terlintas difikiran saya ialah panggilan itu adalah penipuan semata-mata. Hanya selepas mendengar penjelasan lanjut daripada pengedar barulah saya sedar bahawa beliau tidak main-main dan berasa sangat terkejut. Saya teringat memang ada mengisi borang peraduan ketika membuat pembelian kenderaan baru sebelum itu. Saya terlalu gembira mendengar berita ini sampai tak boleh tidur malam," jelas beliau.

Sugumaran juga berkongsi cerita yang sama; beliau sangat terkejut ketika diumumkan sebagai pemenang kerana tidak pernah menyangka penyertaannya akan dipilih.

"Saya ingat ia hanya cabutan bertuah biasa dengan hadiah yang kecil. Ketika saya menerima panggilan daripada pengedar, saya agak terkejut dan terfikir itu mungkin hanya jenaka. Tetapi kemudian, saya menerima panggilan dari ibu pejabat Isuzu yang mengesahkan bahawa saya telah memenangi sebuah lagi kenderaan. Saya sangat teruja," jelas Sugumaran yang menguruskan perniagaan trak dan meluangkan banyak masa sebagai pegawai keselamatan yang melawat ladang-ladang kelapa sawit. 

"Saya perlu katakan, selepas empat bulan menggunakannya, saya sangat hargai penjimatan bahan api yang diberikan oleh trak Isuzu ini. Bagi saya, itu perkara yang paling mengagumkan tentang trak ini. Kestabilan dan keteguhannya juga sangat saya nikmati, baik ketika di laluan dalam kawasan ladang mahupun di lebuhraya, Isuzu D-Max selalu membuatkan saya berasa yakin," tambah Sugumaran, 56, yang berasal dari Seremban.
 


Lain pula ceritanya dengan Ghanie, yang sebelum ini sudah agak biasa dengan trak Isuzu D-Max  walaupun sebelum membelinya sendiri.

"Beberapa saudara-mara saya di Sebauh memang memiliki Isuzu D-Max dan saya melihatnya sebagai sebuah kenderaan 4x4 yang sangat berkebolehan, baik di atas jalan ataupun off-road. Isuzu D-Max telah menjadi pengangkutan utama bagi keluarga saya.

"Kecekapan minyak yang diberikan pula sangat mengagumkan, begitu juga dengan prestasi yang sangat baik dalam apa juga keadaan, termasuk di kawasan berbukit di tempat saya menetap," tambah Ghanie, yang tinggal bersama keluarganya di rumah panjang Jabris Naong, 60 km dari Bintulu.

Memandangkan beliau sudah membeli sebuah Isuzu D-Max, Ghanie bercadang untuk memberikan unit yang diterima sebagai hadiah ini kepada bapanya bagi memudahkan pergerakan dari kampung ke bandar.

"Isuzu D-Max ini menjadi sesuatu yang sangat bermakna kepada keluarga saya memandangkan kami perlu kerap menempuh perjalanan jauh dari kampung untuk ke Bintulu. Permukaan jalan pula tidak terduga, jadi ia akan menjamin keselesaan dan keselamatan kami sepanjang perjalanan," tambah beliau.

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki menyerahkan hadiah yang dimenangi Ghanie di bilik pameran Isuzu KM Mobil di Bintulu, sementara Pengurus Besar Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo pula menyerahkan hadiah kepada Sugumaran di bilik pameran Isuzu Jumbo Arena, di Kluang.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…