Tuah anak muda Sepang, Zek bawa pulang CT115S baharu dalam pertandingan #OHMODENASKU

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-25 penubuhan MODENAS, syarikat motosikal nasional itu turut mengambil kesempatan untuk menganjurkan peraduan #OHMODENASKU yang berlangsung selama lima minggu bermula dari 19 Oktober sehingga 22 November 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Seramai 225 orang peserta mengambil bahagian bagi mencari seorang pemenang dengan gambar selfie yang paling kreatif bersama motosikal mereka, diikuti dengan bilangan "LIKE" paling banyak.

Untuk minggu kelima, tuah nampaknya menyebelahi anak muda yang berasal daripada Salak Tinggi, Muhammad Zaki bin Mustafa Maarof, 21 tahun apabila beliau membawa pulang sebuah unit MODENAS CT115S.

 


Majlis penyampaian hadiah tersebut dihadiri oleh Roslan Roskan selaku CEO MODENAS dan Nur Balkish Hood, Ketua unit Komunikasi dan Pemasaran Korporat MODENAS bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya.

Muhammad Zaki atau lebih mesra digelar sebagai Zek King menyertai peraduan tersebut pada minggu kedua, dan beliau menggunakan gambar model MODENAS GT128 ketika berada di Litar Go Kart Sepang.

Tambah Zek King lagi, MODENAS GT128 tersebut telah pun digunakan oleh bapanya semenjak tahun 2009 lagi sebelum diturunkan kepada abangnya dan digunakan oleh beliau semenjak enam tahun yang lalu.

Dengan motosikal baharu CT115S itu bakal melancarkan lagi kerjaya Zek sebagai seorang runner di sekitar Sepang.

Syabas dan tahniah kami ucapkan!