Menurut naib presiden Jualan dan Pemasaran Toyota Australia, Sean Hanley memberitahu CarSales bahawa produk tersebut (Land Cruiser 70 Series) akan terus dikekalkan.
Selain daripada perancangan untuk memperkenalkan trenkuasa hibrid, Hanley juga tidak menolak kemungkinan untuk menawarkan trenkuasa yang lebih kecil sesarannya, seperti yang dibuat pada Land Cruiser 300 Series.

"Saya fikir golongan pembeli Land Cruiser 70 Series akan menerima kehadiran model hibrid sekiranya model tersebut berkeupayaan untuk melakukan kerja-kerja yang diharapkan," ujarnya lagi.
Buat masa ini, tempahan baharu untuk Land Cruiser 70 Series telah ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan Toyota Australia menyiapkan tempahan yang tertunggak.
Biarpun jelas dan nyata model tersebut sudah terlalu berusia, ia terus mendapat sambutan yang agak memberangsangkan, walaupun model tahun 2023 dijual pada harga yang lebih mahal.
Sumber: CarSales