TSW - jenama roda aloi dunia dari Afrika Selatan

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang ligat bermain kereta pada zaman 90-an dan awal tahun 2000, jenama TSW mula menular masuk ke negara kita hasil dari efek majalah-majalah "tuning" Eropah.

Antara jenama yang terkenal ketika itu ialah TSW, dan model Venom (nama timangan ialah rim akar) menjadi kegilaan mereka yang mampu.

Syarikat TSW bermula pada tahun 1960-an oleh Eddie Keizan, bekas pelumba Formula 1 yang berasal dari Johannesburg, Afrika Selatan. Beliau aktif berlumba dalam tahun 70-an.

 

 

Eddie kemudian membeli sebuah syarikat pembuat roda aloi yang ketika itu cuma mempunyai 14 orang kakitangan. Syarikat itu bernama Tiger Sports Wheels.

Selepas itu, Tiger Sports mula berkembang secara perlahan-lahan di Afrika Selatan, dengan pembukaan pusat-pusat jualan dan produk-produk baharu.

Dalam tahun 1980-an, syarikat Tiger Sports Wheels mula didagangkan di bursa saham Johannesburg dan bahagian pengilangan Tiger Sports terus mengalami penambahan drastik dari segi kemudahan dan juga pengeluaran.

 

 

Ia mula mengembangkan sayap ke Eropah dengan menggunakan nama TSW, singkatan kepada Tiger Sports Wheels. Nama TSW mula muncul di pelbagai majalah-majalah kereta di sana dan kemudian menular ke USA.

Kemudian TSW benar-benar menjadi pemain dunia selepas ia membeli syarikat roda aloi dari Jerman, ATS. Ia kini mempunyai kilang pembuatan roda aloi di Jerman, Poland, Afrika Selatan dan US.

Pada tahun 2004, TSW menjadi antara 10 syarikat roda aloi teratas di dunia.

Namun begitu tidak semuanya indah. Pasaran mula menurun dan TSW terpaksa menjual beberapa komponen kumpulan itu.

Sekarang ini, unit roda aloi "aftermarket" telah berpisah dari syarikat induknya.

 

 

TSW untuk pasaran "aftermarket" di US kini dimiliki oleh Terence Scheckter, pemilik sebuah syarikat dari US sendiri dan beroperasi di sana.

TSW untuk pasaran Eropah dan Asia pula telah dijual ke Yokohama Tire of South Africa.

Dalam tahun 2011, TSW Alloy Wheels USA membeli kesemua saham TSW Eropah dan Asia dari Yokohama Tire.

 

TSW US juga telah membeli pembagai jenama roda aloi lain yang popular di kalangan komuniti kereta bikin di US. Antaranya ialah Status Alloys, Ruff Wheels, Tuff AT, XO Luxury dan beberapa lagi.

Mereka juga mewujudkan jenama-jenama baharu seperto Beyern BMW Wheels, Black Rhino Truck Wheels, Cray Corvette Wheels, Lumarai Lexus Wheels, Mandrus Mercedes-Benz Wheels dan banyak lagi (sepuluh jenama kesemuanya).

Syarikat asal TSW masih lagi beroperasi di Afrika Selatan di bawah nama Tiger Wheel dan ATS. Ia lebih fokus kepada pusat penjualan tayar (kedai dan online) serta pembuatan roda aloi OE untuk kilang kenderaan.