
Isu ini timbul selepas CEO Mattel, Ynon Kreiz, dalam satu wawancara bersama CNBC, menyatakan syarikatnya tidak berhasrat untuk mengalihkan pengeluaran ke Amerika Syarikat, sebaliknya memilih untuk diversifikasi ke negara lainbagi mengelak tarif import sebanyak 145% dari China.
Ramai mungkin tak tahu, kebanyakan model Hot Wheels dihasilkan di Malaysia, dengan sokongan daripada fasiliti di Thailand, Indonesia dan China. Hanya 20% daripada keseluruhan pengeluaran Mattel datang dari China angka yang mahu dikurangkan kepada 15% tahun depan, dan 10% menjelang 2027.
Kreiz turut menyatakan bahawa pihak Mattel bercadang mengekalkan 40% hingga 50% produk mereka di bawah USD20, tapi tak menolak kemungkinan harga akan meningkat jika tarif dilaksanakan.
Trump pula memberi reaksi berbeza, menolak andaian bahawa tarif akan membebankan pengguna.
“Kadang-kadang kerajaan yang tanggung kos tu, kadang syarikat. Rakyat selalunya tak terkesan,” katanya.
Namun ramai pakar ekonomi tidak bersetuju dengan pandangan ini. Berdasarkan laporan The Independent, beban tarif lazimnya akan berakhir di tangan pengguna, kerana syarikat akan menaikkan harga untuk menampung cukai import. Dalam industri automotif, tarif seperti ini boleh menyebabkan harga kereta naik sehingga purata USD 3 ribu.