Trump mahu 'berlumba' dengan limosin Beast di Daytona 500!

oleh Mohamad Hanif|
Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda memiliki jentera eksklusif yang tersendiri bagi membawa beliau selaku orang teratas Toyota ke acara-acara besar, seperti yang kita tahu iaitu sebuah Toyota Century GRMN.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sementara itu, di Amerika Syarikat yang serba serbi besar, Presiden-nya Donald Trump dilihat melahirkan hasrat mahu membawa limosin 'Beast' beliau di dalam Litar Antarabangsa Daytona, berdasarkan laporan daripada pengamal media Fox News. 

John Roberts berjaya mendapatkan informasi yang mendakwa Presiden AS itu dijangka akan membawa turun limosin rasmi ke acara pembukaan Daytona 500 yang bakal berlangsung minggu ini. 

Berita itu turut mendapat perhatian daripada pihak pengurusan litar Daytona, dan presidennya, Chip Wile dilaporkan mengalu-alukan kehadiran Presiden Trump untuk menikmati litar tersebut. 

Berdasarkan spesifikasi limosin Beast tersebut, kelajuan tertinggi mungkin bukan sasaran utama Trump memandangkan kereta itu sendiri memiliki berat sekitar 9,000 kilogram, terima kasih kepada penggunaan bahan keselamatan dan casis daripada trak Chevrolet. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau membuat kenyataan tersebut semasa satu acara di Ohio. Sewaktu beliau menjadi Presiden,…
Berita Global
Tindakan GM dan Nissan itu mendapat pujian dari Presiden baharu, Joe Biden yang akan memegang…
Berita Global
Almaklumlah, kat sana piston dan mesingan mudah untuk didapati... Antara model kereta yang popular…