Triumph umum projek superbike elektrik TE-1

oleh HEZERI SAMSURI|
Triumph, jenama motosikal British yang mencapai kejayaan tanpa perlu dijual atau digabungkan dengan syarikat lain kini muncul dengan projek motosikal elektrik mereka.

Projek TE-1 adalah sebuah superbike elektrik sepenuhnya dan menggabungkan usaha-usaha dari Williams Advanced Engineering, Integral Powertrain dan Warwick Manufacturing Group (dari University of Warwick).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

William contohnya memang mempunyai kepakaran dalam bateri EV di mana ia menghasilkan bateri untuk basikal Brompton dan juga untuk kapalterbang Airbus.

Williams juga aktif dalam Formula E.

Integral Powertrain pula ialah pembekal motor elektrik untuk EV Volkswagen I.D. R Pikes Peak, jentera perlumbaan EV yang menhasilkan 671 hp.

Dana pula datang dari Jabatan Kenderaan Sifar Asap, sebuah agensi kerajaan UK yang memberikan dana sebanyak £900 juta sebagai satu usaha untuk menjadikan UK sebagai salah satu peneraju pembangunan kenderaan elektrik global.

 

 

Di bawah ialah antara fakta-fakta yang kami tahu mengenai projek TE-1 itu.

  • TE-1 masih lagi dalam bentuk lakaran konsep.
  • Ia mempunyai bentuk ala superbike Speed Triple yang sedikit "gemuk".
  • Ia bakal mempunyai berat lebih kurang 220 kg.
  • Ia akan menghasilkan kuasa maksimum 174 hp.
  • Jarak perjalanan dengan sekali caj ialah 193 km.
  • Bateri yang dihasilkan oleh Williams itu mempunyai kebolehan untuk mengecaj 0-80 peratus dalam masa 20 minit.
  • Walaupun bateri 15kWh itu kelihatan kecil, tetapi Williams percaya jika ia digunakan secara optimum, ia masih mampu menghasilkan jarak yang baik.
  • Bateri TE-1 juga mempunyai kawalan suhu untuk memastikan ia tahan lama.
  • Motor elektrik yang dihasilkan oleh Integral Powertrain pula ialah seberat 10 kg.
  • Motor elektrik itu dibina sekali dengan inverter dalam satu perumah yang sama untuk memaksimumkan ruang.
  • Prototaip dijangka siap untuk diuji sepenuhnya pada bulan Oktober kelak.

 

 

Projek yang menggabungkan syarikat-syarikat tempatan British itu dan disokong dengan dana oleh kerajaan negara itu boleh dijadikan contoh untuk memajukan negara di dalam bidang EV.

Walaupun sebenarnya kerajaan Malaysia banyak memberikan bantuan-bantuan kepada syarikat-syarikat tempatan, kegagalan dari segi "follow-through" sering menjadikan projek-projek tersebut senyap selepas beberapa ketika. 

Campur-tangan ahli politik yang cuba menangguk populariti juga adalah satu tindakan tidak matang dan yang tidak membantu perkembangan negara.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Semangat dan sejarah kereta itu diraikan firma reka bentuk automotif Makkina dengan…
Berita Global
  Badan kereta yang dibida dipunyai oleh ayah pemilik sekarang dan dibeli pada 1961 bagi…
Berita Global
  Setelah selesai diuji apakah hasilnya?  Kuasa puncak 130 kW (175bhp) dengan daya pecutan 0-97…