Triumph Trident 660 merupakan sebuah motosikal naked middleweight supersport yang menggambarkan gaya reka bentuk klasik yang digabungkan dengan elemen ciri moden.
Trident 660 tampil dengan reka bentuk lampu hadapan jenis bulat retro, namun menggunakan unit pencahayaan jenis LED menjelaskan lagi motosikal ini mengikut pengedaran zaman.
Selain itu juga, memenuhi keperluan pengguna kini, Trident 660 tampil dengan paparan LCD TFT warna penuh yang menyokong ciri sambungan melalui bluetooth untuk kegunaan seperti navigasi, telefon, kawalan muzik dan mod tunggangan.
Trident 660 menggunakan kerangka jenis Tubular steel perimeter yang bersambung dengan swingarms jenis twin-sided.
Ia dipadankan dengan kedua-dua roda hadapan dan belakang bersaiz 17 inci dengan tayar Michelin Road 5 berukuran 120/70R17 hadapan dan 180/55R17 belakang.
Melengkapkan lagi motosikal ini adalah unit sistem suspension yang dipertingkatkan jenama Showa pada kedua-dua bahagian hadapan jenis upside down berukuran 41mm dan monoshock Showa dengan fungsi preload.
Dari segi trenkuasa, Triumph Trident 660 menggunakan enjin 660cc DOHC tiga silinder sebaris yang memberi kuasa output maksimum sehingga 81PS pada 10,250rpm dan daya kilas 64Nm pada 6,250rpm.
Trident 660 tampil dengan sistem suntikan bahan api elektronik multipoint bersama kawalan throttle elektronik serta dipadankan dengan transmisi enam kelajuan Triumph Shift Assist untuk tunggangan yang lebih lancar.
Untuk pengalaman yang lebih menarik dan lebih fokus pada tunggangan, datang secara standard adalah ciri seperti Cornering ABS, Traction Control, Triumph Shift Assist dan Cruise Control.
Bagi ukuran dimensi dan teknikal, Triumph Trident 660 mempunyai ukuran 2020mm panjang, 795mm lebar, 1401mm jarak antara roda, 805mm ketinggian tempat duduk dan berat basah pada 190kg.
Untuk pengembaraan motosikal yang lebih mengujakan dan lebih jauh, Triumph Trident 660 tampil dengan kapasiti tangki bahan api sehingga 14liter.
Trident 660 kini tampil dengan variasi skim warna baharu iaitu Cosmic Yellow, Cobalt Blue, Diablo Red, dan Jet Black.
Bagi pasaran Malaysia, Triumph Trident 660 baharu dijual dengan tanda harga dari RM46,900 dan setiap pembelian didatangkan dengan waranti kilang dua tahun.