Triumph Trident 660 2021 rasmi dilancarkan - bermula dari RM38 ribu di UK

oleh Mohamad Hanif|
Triumph akhirnya secara rasmi memperkenalkan motosikal middleweight terbaharu untuk pasaran yang dinamakan sebagai Triumph Trident 660 2021, dan ia dijual di pasaran UK bermula dari £7,195 (RM38,757).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia membawakan enjin bersesaran 660 cc inline-triple sejukan cecair yang berupaya menjana 80 kuasa kuda pada putaran enjin 10,250 rpm dan daya kilas 64 Nm @ 6,250 rpm yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan bantuan klac slipper and assist.

 


Dari segi penampilan, Triumph Trident 660 didatangkan dengan unit lampu bulat tunggal LED bersaiz 7 inci bagi menggantikan peranan lampu utama berkembar yang terdapat pada model-model siri 765, dibantu dengan lampu membelok LED dan lampu belakang LED.

Bagi membantu pengendalian yang baik atas jalan raya adalah penggunaan suspensi fork hadapan upside down separate function (SFF) Showa 41 mm sementara bahagian belakang pula menerima penyerap hentak tunggal dengan tetapan pra-muat.

 


Sistem brek ABS adalah standard di mana Triumph mendatangkan dua mod tunggangan iaitu Road dan Rain, serta kawalan cengkaman yang boleh ditetapkan menerusi opsyen pada sistem paparan instrumen berwarna TFT.

Sistem pemberhentian diserahkan kepada unit brek Nissin dengan angkup brek dua omboh hadapan dan cakera brek berkembar 310 mm, manakala bahagian belakang pula didatangkan dengan angkup brek omboh tunggal dan cakera tunggal 255 mm.

 


Saiz tangki bahan api pula adalah 14 liter.

Ketinggian tempat duduk pula adalah 805 mm dan secara keseluruhan Triumph Trident 660 mempunyai berat sekitar 189 kg sahaja.

Triumph mendatangkan sehingga empat warna pilihan termasuklah Silver Ice/Diablo Red, Matte Jet Black/Matte Silver Ice, Crystal White dan Sapphire Black.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Semangat dan sejarah kereta itu diraikan firma reka bentuk automotif Makkina dengan…
Berita Global
  Badan kereta yang dibida dipunyai oleh ayah pemilik sekarang dan dibeli pada 1961 bagi…
Berita Global
  Setelah selesai diuji apakah hasilnya?  Kuasa puncak 130 kW (175bhp) dengan daya pecutan 0-97…