Triumph Tiger Sport 660 2022 kini di Malaysia - harga dari RM49,900

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini pihak Triumph Malaysia menjanjikan 10 buah model baharu untuk pasaran tempatan, dan ia dimulakan dengan model Tiger Sport 660 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut spesifikasi, Triumph Tiger Sport 660 didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 660 cc sejukan cecair yang mampu menghasilkan 81 PS @ 10,250 rpm dan 64 Nm @ 6,250 rpm.

Sistem transmisi pula adalah jenis enam nisbah kelajuan yang dibantu dengan klac berbilang cakera serta klac assist/slipper.
 

tiger


Rangka jenis tubular steel itu disokong oleh suspensi hadapan fork Showa 41 mm jenis terbalik (USD) dan penyerap hentak tunggal Showa monoshock RSU di mana kedua-dua sistem itu tadi mampu membenarkan pergerakan sejauh 150 mm.

Sistem brek pula terdiri daripada angkup dua omboh Nissin dan rotor berkembar 310 mm di depan, dibantu dengan angkup omboh tunggal Nissin dan rotor 255 mm di belakang, serta sistem ABS.

Dengan berat sekitar 206 kg, Tiger Sport 660 ini mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api serendah 4.5 liter/100 km.
 

triumph


Kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 17.2 liter sementara ketinggian pelana pula adalah 835 mm.

Harga jualan bermula dari RM49,900 dan dalam masa yang sama pihak Triumph Malaysia menawarkan beberapa pakej yang boleh dipilih, dan terhad untuk tempahan sehingga 31 Mac sahaja.

Senarai pakej boleh dirujuk pada gambar di bawah:
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…