Triumph Tiger 1200 GT Pro, Rally Explorer 2022 dilancarkan - harga bermula RM115,900

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model Tiger Sport 660, pihak Triumph Malaysia turut membawakan model Tiger yang lebih tinggi, iaitu Triumph Tiger 1200 dengan dua spesifikasi, iaitu GT Pro serta Rally Explorer.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dari segi kuasa, kedua-dua model itu tadi didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1,160 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 150 PS @ 9,000 rpm, serta daya kilas 130 Nm @ 7,000 rpm.

Sistem transmisi adalah jenis enam kelajuan dengan bantuan klac slipper/assist di mana kuasa itu tadi disalurkan kepada roda belakang menerusi bantuan aci pemacu.
 

Triumph


Sistem gantungan untuk model GT Pro dan Rally Expoler terdiri daripada fork hadapan Showa semi-aktif 49 mm diikuti penyerap hentak tunggal Showa belakang (juga semi-aktif) dengan tetapan pra-muatan elektronik dengan jarak pergerakan suspensi sepanjang 200 mm (220 mm untuk model Rally Explorer).

Sistem brek menggunakan angkup Brembo M4.30 Stylema monoblock dengan rotor berkembar terapung 320 mm, dibantu dengan angkup Brembo omboh tunggal dengan rotor tunggal 282 mm di belakang.

Model GT Pro menggunakan roda aluminium tuang bersaiz 19 inci depan dan 18 inci belakang dengan balutan tayar Metzeler Tourance bersaiz 120/70R19 depan dan 150/70R18 di bahagian belakang.

Manakala model Rally Explorer pula didatangkan dengan rim lidi bersaiz 21 inci depan dan 18 inci belakang, dibaluti dengan tayar tanpa tiub Metzeler Karoo Street bersaiz 90/90-21 di depan dan 150/70R18 di bahagian belakang.
 

Rally


Antara ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah kawalan jelajah, Triumph shift assist, bantuan mula mendaki, sistem lampu selekoh adaptif, sistem pencahayaan LED dengan lampu tambahan, sistem ABS dan kawalan cengkaman, serta opsyen sistem pemantauan tekanan tayar.

Sementara model Rally Explorer pula mendapat ciri tambahan radar titik buta serta enam mod tunggangan (berbanding lima pada model GT Pro).

Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 20 liter (30 liter untuk model Rally Explorer) sementara ketinggian pelana pula adalah sekitar 850 hingga 870 mm (875 hingga 895 mm untuk model Rally Explorer).
 

Rally Explorer


Harga jualan Tiger 1200 bermula dari RM115,900 untuk model GT Pro, manakala model Rally Explorer pula bermula dari RM130,900 bergantung kepada warna yang dipilih.

Pihak Triumph Malaysia turut membuka tempahan awal di mana pembeli terawal bakal mendapat kotak pannier aluminium Triumph secara percuma dan terhad sehingga 31 Mac 2022 atau sementara stok masih ada.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Juga mengurangkan faktor berat motosikal adventure ini ialah penggunaan tangki bahan api jenis…
Berita Domestik
Terdapat dua varian yang ditawarkan, iaitu GT Pro dan Rally Explorer, namun kedua-dua dibekalkan…