Triumph Street Triple RS 2020 - rekaan lampu baharu, lebih berkuasa!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kedua motosikal Triumph Street Triple RS kini rasmi dilancarkan dengan beberapa perubahan yang dibawakan oleh Triumph demi memenuhi keperluan peraturan emisi yang semakin ketat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Perubahan yang dibawakan dari segi luaran kebanyakannya bersifat kosmetik di mana lampu hadapan berkembar kini menerima rekaan baharu yang diintegrasikan dengan lampu nyalaan siang jenis LED. 

Sekali imbas, seakan seperti kening pahlawan yang sedang marah menaikkan lagi kegarangan pada model Street Triple ini. 

 


Tiada perubahan dibawakan pada casis, namun Triumph mendakwa model Street Triple RS ini merupakan model paling ringan di dalam kategorinya. 

Sistem gantungan serta sistem pemberhentian motosikal ini dibawakan secara terus daripada model terdahulu, terdiri daripada fork hadapan terbalik Showa 41 mm, brek Brembo M50 empat piston dan cakera berkembar 310 mm.

Manakala di bahagian belakang pula membawakan penyerap hentak Ohlins STX40 boleh laras yang memegang kemas double-sided swingarm jenis gullwing dan sistem brek Brembo piston tunggal serta cakera 220 mm. 
 


Nadi kuasa tiga silinder sebaris 765 pula telah ditala secukup rasa bagi menghasilkan anjakan kuasa sebanyak 9 peratus berbanding model terdahulu, memberikan angka rasmi 121 kuasa kuda dan 79 Nm daya kilas. 

Peningkatan kuasa tersebut turut disumbangkan oleh talaan kepada respon pendikit, cam ekzos baharu yang direka untuk mengoptimasikan prestasi pertengahan putaran enjin, dan juga proses pembuatan yang lebih teliti terhadap komponen seperti crankshaft, klac dan pengimbang. 

Penambahan pemangkin kedua kepada peredam membolehkan motosikal ini mencapai piawaian pelepasan emisi Euro 5.
 


Kuasa yang dihamburkan tersebut dikawal secara elektronik menerusi lima mod tunggangan yang disertakan iaitu Road, Rain, Sport, Track dan satu mod kustom yang boleh ditetapkan mengikut kehendak penunggang.

Kelima-lima mod tersebut boleh diakses menerusi skrin paparan TFT yang turut hadir dengan sambungan Bluetooth, aplikasi MyTriumph, serta boleh ditetapkan kepada kamera GoPro dengan mudah. 
 


Setakat ini pihak Triumph masih belum mengumumkan harga jualan rasmi bagi model Street Triple RS 2020. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Semangat dan sejarah kereta itu diraikan firma reka bentuk automotif Makkina dengan…
Berita Global
  Badan kereta yang dibida dipunyai oleh ayah pemilik sekarang dan dibeli pada 1961 bagi…
Berita Global
  Setelah selesai diuji apakah hasilnya?  Kuasa puncak 130 kW (175bhp) dengan daya pecutan 0-97…