Triumph Speed Triple 1200 RR mendarat di Malaysia - sportbike jalanan berharga RM119,900

oleh Mohamad Hanif|
Dilancarkan secara rasmi pada September tahun lalu, sport bike dengan penampilan klasik moden Triumph Speed Triple 1200 RR kini mendarat di pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kuasa 180 PS @ 10,750 rpm dan daya kilas 125 Nm @ 9,000 rpm itu datangnya daripada enjin tiga silinder sebaris bersesaran 1,160 cc yang digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan dan klac slipper/assist.

Bacaan penggunaan bahan api adalah sekitar 6.3 liter/100 km.
 

RR


Jentera yang sporti ini menggunakan rangka aluminium twin spar sementara komponen seperti lengan ayun dan roda bersaiz 17 inci juga turut diperbuat daripada bahan serupa.

Speed Triple 1200 RR ini menggunakan sistem suspensi semi aktif yang terdiri daripada fork hadapan Ohlins jenis USD 43 mm diikuti dengan penyerap hentak Ohlins RSU yang dibantu dengan sistem elektronik Ohlins S-EC 2.0 OBTi, serta jarak pergerakan suspensi sepanjang 120 mm.

Tayar pula menggunakan jenama Pirelli Diablo Supercorsa V3.
 

RR


Sistem pemberhentian jentera ini menggunakan khidmat angkup brek Brembo Stylema monobloc dengan rotor berkembar 320 mm jenis terapung, dibantu dengan angkup Brembo dua omboh dengan rotor 220 mm di bahagian belakang.

Tidak ketinggalan, sistem keselamatan yang dimuatkan seperti Optimised Cornering ABS, Traction Control serta lima mod tunggangan (Rain, Road, Sport, Track, Rider Configurable) yang membolehkan pengendalian yang lebih terkawal baik di atas jalan urban mahupun di litar lumba.

Skrin TFT pula adalah bersaiz lima inci dengan paparan warna penuh.
 

RR


Posisi bar hendal direndahkan sebanyak 135 mm dan diposisikan 50 mm ke hadapan berbanding model RS bertujuan untuk mencipta postur tunggangan yang lebih sporti tanpa mengorbankan aspek keselesaan.

Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 15.5 liter dengan jarak ketinggian pelana adalah sekitar 830 mm.

Untuk pasaran Malaysia, harga jualan bermula dari RM119,900 dengan tawaran pakej servis selama dua tahun untuk mereka yang membuat tempahan awal, sah sehingga 31 Mac 2022 atau sementara stok masih ada.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Semangat dan sejarah kereta itu diraikan firma reka bentuk automotif Makkina dengan…
Berita Global
  Badan kereta yang dibida dipunyai oleh ayah pemilik sekarang dan dibeli pada 1961 bagi…
Berita Global
  Setelah selesai diuji apakah hasilnya?  Kuasa puncak 130 kW (175bhp) dengan daya pecutan 0-97…